28 February, 2013

Most Precious Goods

안녕! 여러분….. HELLO  EVERYONE

TARRA... Poster ini lah  yang saya dapat time EH buat Promosi 23 & 24 Feb lepas, dalam entry ni sy ada mention. Kalau tgk gambar ni kecik je kan tapi sebenarnya the width is 60cm and the height 45cm. I Love it so much.. i  paste on the wall beside the bed room so,  every time I wake up from the sleep I see them smile nicely to me.. SHINee 감사합니다...

Poster yang ni pulak 내 친구, kawan sy yang bagi..dia beli kat kedai SM tau,,, original dari Korea lah ni... TQ, 감사합니다 나드씨 (Nad). ingat jugak dia kat sy..kitorang xdelah rapat sgt..tapi disebabkan SHINee kitorang boleh jadi kawan.,,poster ni pon sy akan tampal kat dinding sebalah kiri plak.sama lah setiap kali buka mata  benda pertama yang sy akan tengok! SHINee atau lebih tepat lagi ONTAE!


Yang ni Poskad dapat sama2 dengan poster first tu. Belian melebihi RM 30 dapat poster, belian melebihi RM70 dapat dengan poskad nih sekali..tapi sebenarnya dia bagi jer xkira cukup ke tak RM70. Poskad ni sebenarnya untuk apa erk?? xreti lah sy nak guna..dia macam surat gak ker?


Yang ini pulak sticker...Sy beli kat satu kedai cenderahati kat Jusco Balakong, apa ye nama kedai tu lupa pulak.. tapi mana2 pon boleh dapat kat Times Square pon ada. Sy ada jumpa hari tu..harganya pulak standard jer. Sticker ni  harganya RM2.90 kalau sesape nak sila comment heh heh...tapi sy bagi gambar Key and Jong hyeon jelah.. Taemin n Onew mmg jauh skali huhu.. sorry.

Sekarang baru bulan 2 tapi sy dah bukak bulan 10..sbb bukan nak tgk date sgt ..nak tgk gambr jer hehee

Calender 2013. Price RM9.90 pon kedai yang sama,,nanti sy update apa nama kedai tu n lokasi sebenar dia.. tapi nanti2 lah ye..xde plan lagi nak pergi sana. Kalender ni sebenarnya sticker.. selain letak atas meja , korang boleh gak tampal kat mana2..
sebab tu kut sampai RM10 hinggit!

Lastly, key chain.... 샤이니의 키 체인,,, RM4.90  mahal kakloh... Tapi sy still beli kan,,haish! apa nak jadi tapi xpelah kepuasan tu penting lagi pon sy xkan beli dah yg lain sbb sy dah ada yang ni..tapi kalau ada orang bagi present sy mesti kena terima lah hehehehe xboleh blah..
That all for this story..bye 잘 자요...good night..





24 February, 2013

Etude House second haul in 2013


23 Feb lepas plak, sy pergi Times Square plak ..tu jer tempat terdekat dengan promosi ini!!

Aim sy nak pergi beli day cream ni,

Tapi harga dia RM109.90 kalau xsilap hari tu..dah lah xboleh termasuk dalam promosi 4 item 40% tu.. haish, so tunda je lah, beli online mungkin akan dapat murah..
So, sy decide beli ini ;
Baking Powder Cleansing Foam Moist
RM 45.90

after discount RM 36.72




SHINee Star Lips Balm. 

RM 33,90

after less RM27.12

Tapi kalau ambil satu lagi Lip balm tambah RM8 jer...wah! tapi sy xambik pon
sbb xde yang berkenan.

sy pernah beli yang Onew Leader ni. First2 dulu sy dah beli. so dah hari2
guna ..makanya da nak habis lah,  sementara stok masih ada  baik beli tu pon tinggal yang
Onew dengan Jong Hyeon jer..yg lain dah habis..

AND!!!!!!! DAPAT LAH POSKAD & POSTER MEGA SHINee.. besar punya!
Dah selamat ditampal dah , nanti sy upload gambarnya.. tersemat kemas di dinding bilikku inI..
poskad akan ku simpan sebagai kenangan..sampai lah minat pada SHINee hilang
menerawang ntah ke mana...


20 February, 2013

Etude House first haul in 2013

안녕! 여러분….. HELLO  EVERYONE
19 Feb lepas, sy dah dapatkan apa yang sy nak..huhu sempena Februari EH ada buat promosi cam biasalah EH kan,.. beli 1 item normal price, beli 2- 3 item dapat diskaun 20% for each, tapi bila beli 4 item dapat 40%... okay  lah tuh… dapatlah kurang sikit.. tapi time raya cina hari tu lagi best 50% kut.. argh! Rugi xpergi time tu.,,,

SO, ini hasil2 nya..

SKIN MALGEUM (Smooter)
Price RM79.90
after discount RM47.94
Surprise Surprise Concealer Line.Price
RM39.90
after discount RM23.94
Look at my Eyes, eye shadow (Gold GD03)
Price RM19.90

after discount RM 11.94
1 sheet mask RM 6.90
after discount RM4.14
Tapi, sy beli 2 sheet jer tu pon kawan sy yg beli sbb sy dah xtau nak beli apa..semua dah ada hehehe.. Dah cukup 4 item..sbb tu dapat 40% .. Hah, kalau korang pergi korea dia bg percuma jer mask ni... mak aih! masuk jer Etude House tu dia akan bagi.. xkiralah beli ke tak.. 

TAPI! RUPANYA si burung comel ni x boleh termasuk dalam promosi kat atas sbb burung ni mmg dah ada promosinya sendiri..beli 4 type RM100 tp kalau beli satu RM 35.90. Beberapa week yg lepas kawan sy pergi Korea, korang nak tau camne kat korea jual bendalah nih?? BUY 1 FREE ONE!!! serius jelous! so, kawan sy dapat 4 dengan harga RM28 jer, 1 RM14.00 JER. sy pulak xtahu dia pergi sana kalau tak mmg kaw kaw sy kirim barang2 Etude House ni..
So, dapat lah free gift ni.. Calender 2013..neomu cute!


That all... bye!

19 February, 2013

19 Februari 2013

1) SHINee launch third Album,  Dream Girl - The Misconceptions Of You.
Okay ni cover Album tu... sy dah Order kat  SINI bila dapat nanti sy citer k... 3 week more...



JOM kita layan dulu clip video DREM GIRL ni kat youtube sblm di Block..tapi seeloknya silalah download..super duper DAEBAK!

2) 19/2 ni jugak bersamaan hari selasa dan ini bermakna hari pertama untuk Korean Class level 2. Lec untuk level two ni xberapa nak cun lah..and dia lansung tak sama dgn lec dulu... aaa 선생님 i miss you...
Sebenarnya apa yg special sgt dgn DATE ni?? hehehe sila rujuk tajuk di atas yer... Selasa lepas time tgh bosan menunggu  sesuatu yg tidak pasti tu,  tetiba ad sorang member ni ajak keluar , nak menolak xsampai hati pulak.. al-maklumlah angka dalam bank 4 digit lagi so,byk tu.... huhu  list  dalam otak dah macam2 dah.. tapi aim yg lama terpendam perlu diutamakan  iaitu Missing You I can Fly....        짜잔!
Huhu..yeay yeay! dapat gak Eastern Grass Owl represent by Onew

Bau dia wangi sangat2, lembut jer textured nya..Bila pakai, kerja nya nak hidu tgn sendiri jer.. betul! xtipu nii hihi 
The story of Eastern Grass owl
✤ Kakapo: Sunny sunny apple scent
✤ Eagle Owl: Berry berry cherry scent
✤ Cerulean Warbler: Sweet cotton candy scent
✤ Eastern Grass Owl: Peach peach peach scent

04 February, 2013

Impian Cik Eyza Tahun 2013


Impian tahun ni nak sambut Birthday kat KOREA, tapi nak pergi dengan kawan yang sekepala lah… kalau pergi yg xminat K-POP bosan pulak..kita duk citer benda lain dia nak citer benda lain..untuk mengelakan berlakunya salah faham so baik xyah ikut hehehe.. kalau pergi dgn geng ni best sangat, apa yg kita nak dia pon nak jugak so senang dan smooth….
** I hopes my dream come true…
제발제발제발제발
Untuk 생일선물(birthday present) I wish I could get  those of the books..walaupon tau baca tapi xfaham , saya nak memilikinya jugak..lama2 boleh lah faham.. book is  more better than song if to learn Hangeul. Lagu ni puitis sgt sampai kita faham ayat tu Cuma nak explain susah noo..


First, This book : 태양의 아이들à The Sun’s Children. The most  book that I want to get it.. 

                                                      VOCAB :
태양(sun), 아이들(children)

Second, this book: 아침 인간à  I Am An Early Bird
                                               VOCAB: 아침(morning), 인간(human being)

Third, This book  : 우리는 웃기는 리더를 존경한다 à We Respect A Funny Leader.
VOCAB: 우리는(we) 웃기(funny) 리더(leader) 존경한다(respect)

 Fourth, This book : 미래 일기à Future Diary  by Jo Hye Ryeon
VOCAB: 미래(Future)  일기(Diary)
Fifth, This book : 파피용 à Papiyong ( Les papillon Des Etoiles) by Bernard Werber
Sixth, This book : 5 Jam menguasai Bahasa Korea


Seventh is not book but a Doll.. The Hutos . I love the pink one.. please give me one whahaha..xmalu mitok dgn ore..

so, that is all things that i would get it in this year... hope so!




03 February, 2013

Lips Balm



     Walaupun cerita rancak berputar namun ia lansung tidak menarik perhatian Eyza malah dia lebih teruja mendengar lagu korea daripada penyanyi kegemarannya melalui ipod yang dialir melalui earphone terus ke hatinya. Lagu-lagu yang sentiasa didengarinya dan didengar dimana-mana sahaja. Itu lebih menceriakan hatinya berbanding menonton cerita di hadapannya. Cerita aksi  yang sedang berdentam dentum di layar skrin hanyalah sebagai alasan untuk dirinya berada di situ, di dalam panggung wayang, pada ruangan tengah di tempat duduk C13.

    Walaupun aksi stuntman begitu mendebarkan, hati Eyza lebih berdebar menantikan  kehadiran seseorang yang sangat dirinduinya, Eyza sentiasa membayangkan si dia akan datang dengan senyuman yang penuh diwajahnya , berjalan dengan bergaya serta duduk disebelahnya seperti sebelum ini. Namun, apakan daya..itu semua sudah berakhir dia memilih untuk tidak meneruskan perhubungan ini walaupun hanya sekadar kawan..

   Dalam keasyikan Eyza melayan alunan merdu nyanyian daripada Ipod nya itu. Tiba-tiba dengan sepantas kilat Eyza berpaling ke arah sebelah kirinya untuk melihat  susuk tubuh lalaki yang sangat dikenalinya tapi wajahnya tidak begitu jelas kerana kegelapan.Namun semakin dekat, semakin jelas dan akhirnya debaran yang menggunung meletus dengan limpahan kekecewaan.. lelaki yang dinanti tidak mungkin akan muncul, yang muncul hanyalah seorang jejaka Korea bersusuk tubuh hampir sama tapi berlainan wajah, rambut dan lansung tidak mengenalinya.

   Eyza sedar, dia diibaratkan menunggu bulan jatuh ke riba. Menanti sesuatu yang tidak pasti.  Namun kata hatinya kuat mengatakan dia akan kembali, dia Cuma perlu bersabar, bersabar dan terus bersabar.  Hampir setiap hujung minggu Eyza akan dapat menonton wayang dan hanya  tempat duduk  C13 yang akan didudukinya. Tempat duduk C12 akan sentiasa dipastikan kosong supaya boleh diisi oleh kenangannya. Namun, kini sudah hampir sebulan lamanya, harapan yang menggunung , runtuh perlahan-lahan. Setiap runtuhan hanya memberikan kekecewaan dan kesedihan didalam hatinya. Akhirnya Eyza meninggalkan panggung wayang itu ditengah-tengah cerita enak berlansung.

     Lelaki yang baru sahaja melabuhkan punggungnya ditempat duduk C12 tadi memandang gadis disebelahnya dengan pandangan kosong dan penuh tanda tanya. Gadis  di tempat duduk C13 memandangnya dengan sejuta kekecewaan, dia mengeluh dan berlalu pergi. 
                      “죄송합니다.. 죄송합니다.. 죄송합니다 ; Eyza     Namun, dia lansung tidak terfikir untuk menegur atau bertanya sebab gadis itu berlalu pergi setiap kali melihatnya. setiap kali dia duduk disitu gadis itu akan berlalu pergi, dan kenapa gadis itu kan sentiasa berada ditempat duduk itu? sama seperti nya yang hanya akan duduk di tempat duduk C12 itu. wajah gadis itu tidak pernah dilihatnya,  dia juga seprti gadis tadi yang mengharapkan kehadiran gadis yang diridui. Dentuman bom kuat dari pembesar suara serta merta menghilangkan persoalan yang bermain difikirannya tentang gadis itu. Dan akhirnya fokus lelaki itu hanyalah di skrin besar dihapannya walaupun cerita itu sudah berlansung setengah jalan.

     Dengan kekecewaan yang menebal, Eyza keluar dari panggung wayang itu. Harapannya berkecai lagi. Tiada apa yang mampu dibuat olehnya selain meneruskan aktiviti yang hampir sama setiap kali hujung minggu.  Dia  berjalan tanpa hala tuju, tiada apa yang ingin dilakukan mahupun tempat untuk dituju.. Untuk menghlangkan kesebakan hatinya, pasti kedai Coffee kegemarannya bersama Jinki akan dikunjunginya. Setapak demi setapak dia menghampiri kedai itu. Kenangan menikmati coffee panas lagi sedap bersama Jinki menerpa dengan serta merta. Hatinya merintih ingin kembali pada kenangan,t anpa membuang masa dia memesan serta membayar  kopi  kegemarannya iaitu pearl choco dan menuju ke tempat duduk yang seakan telah  menjadi hak milik mereka berdua. Pengunjung kedai itu seakan memahami keadaan itu. Malah setiap kali Eyza mengunjungi kedai itu, dengan ramahnya pelayan kedai itu membawa Eyza ke tempat duduk itu.

      Tempat duduk yang dipilih mereka sangat strategik, satu posisi kerusi menghadap dinding dan satu posisi kerusi lagi menghadap pemandangan kota raya Seoul yang sentiasa sibuk. Namun mereka langsung tidak merasai kesibukan itu, yang dirasai cuma kegembiraan dan kehangatan coffee kegemaran mereka berdua. Eyza mulai tenggelam didalam kenangan indahnya, dia dan Jinki gembira menikmati coffee kegemaran masing2 sambil Jinki sebagi guru  mengajarnya melakukan latihan bahasa Korea. Jinki akan menyebut sepotong ayat dalam bahasa korea dan Eyza akan menulisnya. Jika Eyza menulis ayat tersebut dengan betul tanpa sebarang kesalahn, Eyza akan dibenarkan menghirup kopi tersebut jika tidak Jinki akan menghirupnya. Setiap minggu itulah tugas Jinki menjadi guru kepada Eyza. Namun, bila musim exam tiba Jinki menjadi orang yang paling tegas dan bersungguh-bersungguh mengajar Eyza,

     Eyza tersenyum sendiriaan mengingatkan kenangan itu, namun dengan tiba-tiba dia tersedar dari lamuan itu setelah tangannya terasa panas kerana terlalu lama memegang coffee kegemarannya itu. Eyza mengeluarkan telefon bimbitnya untuk melihat fotonya bersama Jinki, satu demi satu gambar mereka bersama ditontonnya. Hanya dia memiliki gambar-gambar itu, Jinki tidak akan dibenarkan mengambil gambar mereka berdua menggunakan telefonya. Alasanya hanya satu, gambarnya tidak boleh disimpan oleh lelaki yang belum sah menjadi suaminya. Jinki, tidak memahami alasan itu. Namun dia menerimanya dengan hati terbuka. Hatinya berbunga gembira setiap kali menonton foto - foto itu, kerana sekeping gambar menceritakan beribu peristiwa.

     Tanpa disedari air yang dihirupnya sudah habis. Akibat kehangat dari minuman tadi bibir Eyza  kering dan perkara yang setiap kali dilakukankan setiap kali selepas makan dan minum adalah menyapu lips balm pada bibirnya untuk mengelak ia kering. Eyza, merenung lips balm yang hampir habis dan menampakkan tandatangan artis korea yang diminatinya, Onew Shinee. Setelah menyimpan lips balm itu didalam beg, Eyza  meraba poket kotnya untuk melihat pemberian yang istimewa dari Jinki kepadanya iaitu, lips balm yang sama yang digunanya. Namun, Eyza  lebih rela menyimpan lips balm itu daripada menggunakannya. Dia tidak sanggup menghilangkan pesanan bermakna yang ditulis oleh Jinki kepadanya. “이자 &온유 영원히

        Tapi..muka Eyza mula berubah, hatinya turut berdebar kencang barang yang dicarinya tidak ditemui! dia menyelongkar beg tangannya yang dipakai silang pada tubuhnya. Namun tidak dijumpai, dia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk bertenang dan mengingat kembali tempat yang mungkin lips balm itu diletak. Dengan tiba-tiba  otaknya ligat mengingati insiden didalam panggung wayang tadi. Dia merenung lips balm itu dengan harapan pemberinya akan datang kali ini. Tiba-tiba lampu dipadam dan dia menyimpan lips balm itu  tanpa melihat dengan teliti, dia pasti mungkin  lips balm itu terjatuh disitu.

      Eyza menuju kearah pintu masuk pawagam tadi dan memohon kepada penjaga pawagam itu untuk masuk mencari barangnya. Namun, pengawal itu menghalang untuk berbuat demikian kerana akan mengganggu penonton lain menonton cerita yang sedang berlansung dan menyuruhnya menunggu sehingga cerita itu tamat dan dia dibenarkan masuk untuk mencari barangnya  itu. Eyza terima dan setia menunggu di depan pintu keluar  pawagam itu.

      Setelah 30 minit belalu, kelihatan orang ramai mulai keluar. Seorang demi seorang keluar dengan begitu teruja, gembira beserta komen masing-masing, Berbeza dengan Eyza, mukanya langsung tidak menampakkan mimik teruja tapi ketat, dia begitu risau jika lips balm itu tiada di dalam. Setelah sabar menungu, akhirnya pengawal itu membenarkannya masuk. Dia mencarinya dengan penuh teliti, sepanjang tempat duduk kawasan tengah pawagam itu serta kawasan disekitanya. Namun, dia tidak menemuinya, yang ditemui hanyalah cebisan-cebidan tisu dan sampah yang ditinggal oleh penonton.

    Setelah 10 minit berlalu, akhirnya Eyza  mengalah dan menahan rasa yang sangat sedih untuk dilepaskan. Pengawal itu hanya memandangnya dengan penuh tertanya-tanya, apakah barang yang dicarinya, ditemui atau tidak. Namun, setelah pintu ditutup dia tidak dapat menahan rasa kehilangan kedua yang besar baginya, Eyza duduk dan menangis semahu2nya.. memandangkan itu pintu keluar , maka tiada orang melaluinya. Pengawal yang melihatnya hanya mampu memandang dengan sayu tanpa mampu berbuat apa2. Hampir 5 minit Eyza berkeadaan sedemikian akhirnya dia bangun melangkah pergi. Sebelum pergi dia sempat mengucapkan “감사합니다 “ kepada pengawai yang baik hati itu.