13 March, 2014

Last Day

Haish… rasa lain sangat hari isnin 3.3 nih… Biasanya bangun awal, solat subuh, Iron baju pastu bersiap pergi kerja tapi hari ni… bangun solat subuh.. cam berat jer hati nak tidur balik, padahal time kerja NAK sgt2 tido!  Sememangnya manusia itu xpernah nak bersyukur..

Tapi ada jugak rasa bersyukur sebab selama 3 bulan kerja xpernah deman, tambah- tambah lagi selsema.. tetiba jer semalam,, perit tekak nak telan air liur, selsema pulak menyakitkan kepala betul.. Kalau pergi kerja mesti rasa cam nak balik jer, yelah mesti xselesa sgt2.
Sy xtaulah kenapa sy setekad itu utk behenti kerja.. padahal aim sy bulan 11 ni jer.. kenapa Eyza? Baru sehari xkerja dah bosan giler… haish…

So nak imbau kembalilah camne sy boleh terjebak kat Sini… Time tgh buat part time kat cyberjaya dulu, terus pikir lepas tu nak buat apa? Kalau balik kg dah sah2 akan lekat kat sana mmg mlas dah nak naik KL, so sy plan nk kerja kt Tiong N**.. sebab dekat sgt2 dgn rumah abg sy, Jalan kaki jer..

So, usha kat dia punya homepage xde pulak iklan kosong, usha kat Jobstreet hah ada.. cepat2 apply, sy apply by e-mail baru cepat sikit feedback tu, nak harapkan Jobstreet mmg xboleh harap. Dalam 2 hari kut sy dapat called dari Tiong n**, Tanya bila boleh pergi interview. Kalau xsilap sy 20/11 sy pergi interview tu..

Mula2 jumpa Yana, receptionist.. Cantik macam Barbie! Serius.. cakap pon lembut jer..  Kemuadian Ms. Choo dan Ms. Ng sebagai interviewer.. First sy tgk Ms.Ng teringat kat Lec sy dulu Dr. Lee Chin sebab kurus dan kecik jer orangnyer.. baik, lemah lembut.. berbeza dgn Ms.Choo, tegas dan straight sikit.
Time interview tu mmg sy jawab bersungguh-sungguh dan xmenipu, except tempat tinggal.. mungkin time tu sy mmg nak sgt2 kerja kat situ. So, 25/11/2013 date first day sy.. sy ingat lagi betapa excited and teruja serta malunya diri sy hehehe…
kata2 semangat untuk diri sendiri.. Org yg paling gembira mak sylah bila sy dah dapat kerja, siap buat pulut kuning lagi..haha
Ini outfit yg sy pilih that day.. xtaulah kenapa,  sejak2 akhir2 ni sy suka betul pakai tudung ni.. sebab tu pilih baju itu..
Cantik tak, kawan sy ingatkan Hotel.. erm teringin gak nak kerja kat hotel.. Gah jugalah time first time masuk company besar camni.. cam banggalah org Tanya kerja mana? Kerja kat Tiong N**, hehe Nampak sgt tak ikhlas kan… riak disitu.

So, time interview session tu, Ms. Choo dah terangkan semua. Cuma sy jer yg xfaham mungkin sebab nervous, pastu English diorang guna  xberapa nk sy faham hahaha,….  Pastu sy buat2 faham jer, hah inilah akibatnya, bukan nak Tanya poyo nk speaking, padahal diorng faham jer bahasa melayu, bila dia Tanya ada soalan tak, sy jwb  xde.. semua faham! Hampeh betullah.. HAH! Sekarang tanggung akibat.

Mula2 tu masuk bilik HR buat nametag, gambar buruk giler sebab tu sy xsimpan pon nametag tu, nak snap pic pun tak teringin! Photographer tak bertauliah lansung.., Isi borang itu, ini, baru settle, and baru pergi Marketing Room.. owh! Sini rupanya sy kerja.
Staright jer.. nilah tempat kerja sy..
Ok, ini gambar dalam biliknya pulak, kenapa xde org? jawapannya sy org 1st that day, maklumlah hari last.. datang awal snap2 apa2 yg patut. Ok, ni tempat colleagues.
ini pulak tempat manager dengan accountant.  Bilik boss sy xsnap, lansung xingat! Ape ke sengal!

So, nak citerlah sikit apa yg sy buat utk first day tu, mula2 sy diajar untuk buat billing, so, ini yg saya dapat!
Bertimbun hah.. maklumlah fisrt time buat,mmg macam ni, lama2 xde maknanyer berselerak dah ada akai dah nak guna… hahaha . erm, tetiba jer hari tu sy aktif giler kat fb, semua org sy nak bagitau, semua benda nak kongsi, haha pikir2 balik buat malu jer… so, lama2 mula bosan sebab buat kerja yg sama, so mula lah duk tukar2 dekstop background. Antaranya..








Bukan satu hari sy tukar semua gambar ni tapi setiap hari gambar yg berlainan.. melainkan sy suka giler gambar tu.. lama sikit dia duk situ.. last2 sekali sy buat jer gmbr bertukat setiap 10 saat sebab semua sy nak letak, D.O, Baekhyun, Luhan.. ermmm,

So far, kerja kat sini sy suka… kawan2 best, boss pon xgarang. Cuma…. Hahaha adalah satu dua kerja yg sy  mmg xsuka buat.. sakit kepala bila nak buat sy nih xberani hahaha.. pastu takut kena marah, so far dari sini sy tahu tahap sy setakat mana kan.. hehe

Sy ada terjumpa gmbr pekerja CLS kat dlm komp ni so , sy nk share lah kat sini.. hehehe, xkisahlah diorg kasi ke tak.. nanti lama2 sy padam.
Dua org yg sy tutup muka tu, sy xkenal.. diorang dah behenti sebelum sy masuk lagi..

So, dah xde dah setiap kali angkat call “Hello CLS, Hello I’m Eyza From CLS” haish asal rindu pulak ni????  

oKlah that all lah… Eyza ingat, rezeki ada mana2 kena usaha cari jer… insyaallah xlama lagi dapatlah kerja yg kau suka dan yg engkau Enjoy!

안녕 여러분, 저는 너무 행복하면 여러분들 블로그를 읽으세요…







Seti City Mall SCM

 Salam.. korang dah pernah pergi Seti City Mall? Kat Klang sana? Mesti dah kan? Okay saya pon dah.. setelah bertahun sy nak pergi sana.. dan ini first dan last sy akan pergi kut.. ingat tau KUT!
Tarikh keramat.. 9 Feb 2014…
Tepat pukul 2.30pm dengan panas terik dgn gigihnya sy jalan kaki pergi tunggu bas.. Ini first experience sy naik bas sorang2  selama berbulan kat Shah Alam ini. Mula2 tu nak ikut laluan depan, dah jalan dah tetiba peta tertinggal err I meant peta Bas hahaha.. mana bas behenti, bas mn kena naik.. so, patah balik rumah ambil peta tu..

Keluar je rumah tetiba rasa nak ikut laluan belakang sebab.. sebab.. giler kut! Xpasal2 sesat! Sy xfaham betullah dgn otak sy ni.. padahal dah beratus kali lalu dgn kereta  still jgk boleh sesat… ntah camne ntah sy pergi guna laluan jauh nak mampus! Pastu alih2 kena cross lalu jln yg sama gak.. Susahlah nak explain..

Okay, sampai jer kat tempat tunggu bas tu jumpa 1 couple made in Vietnam.. hahaha sebenarnya kat area situ xde pondok bas, ada tapi jauh kat depan sana.. so sy tny lah, couple tu kata sini kena tunggu Bas kat mana, dia tunjuk arah sana.. sy on pergi jelah.. menonong jalan depan sebab tempat yg dia tunjuk tu panas so, sy nak cari tempat teduhlah konon, pastu couple tu terjerit2 panggil sy haha dia bagi isyarat salah tu, wait dpn tu jer.. dlm 10 minit sy wait, mmg xtahan sebab panas sgt2.

So, sy decide nk jalan kaki pergi tunggu kat bus stop tu lah.. at least ada bumbung. So, couple tu Tanya nk pergi mn sy bagitau lah panaslah kat situ.. Dia pon bagitau, tunggu kat sini jelah sama dengan dia sbb dia pon tgh tunggu bas.. haha Adoi! Kalau camtu xde kerjalah sy berpanas kat sana tadi… FYI couple tadi tu, first sy tgk yg awek tu cam bap*k haha sorry, sorry, tp dia perempuan tau suara xde garau2. Yg p.we dia tu rupanya xreti and xfaham pon bahasa melayu.. haish camne boleh lepas tu??  Pastu camnelah dia kerja sini? Tertiba terfikir.

Bila bas sampai, ramai lagi rupanya geng2 diorg Cuma diorg wait kat atas jejantas senang nk nampak bas.. hahaha bijak2. So, bila dah bertemu geng mmg sy terpinggirlah sbb xfaham hapa pon, kalau korea tu boleh gak join2 haha. So, untuk ke KTM BATU 3, kena naik Bas Rapid no 65. So, dalam bas tu sy just focus kat peta tu jelah check satu2 setiap bus stop bas tu lalu..  so kena turun kat BATU 3 SHAH ALAM, LEBUHRAYA PERSEKUTUAN atau senangnya, turun kat bus stop SELEPAS kilang arak Casberg.

Turun bas, terus jalan naik jejantas turun seberang sana iaitu laluan ke KTM lah.. Kat situ ada 2 pilihan sama ada korang nak cross railway tu dengan menggunakan jejantas yg curam lagi memenatkan atau pon cross ikut laluan ketapi tu.. kalau kena langgar xtau…
Dipendekkan citer, sy tumpang tidur rumah kawan sy dulu kat seksyen 17 sebab pg esok nk bertolak awal2 dan sama2 kali ini sy bertiga, Fahna Dan Mc tiey…

Sy dgn Tiey jumpa kat KTM Shah Alam sambil wait Fahna dari seremban.. pastu dah petang camtu, kitorang pergi Plaza Alam Sentral makan2 dulu.. Makan SMASH CHICKEN!

ermm, not bad, plus mahal hahaha… tapi air dia sy puji sedap, frst time try, Barli lemon..
Aksi2 tunggu menu dihidang.. service very the poor… haish! Mmg xkan r pasni..
Dalam pukul 10.30am kitorang gerak. Mula2 tu kena ambil bas T *** turun di Seksyen 2, tempat perkumpulan bas. Pastu cross naik bas U90 tambang RM1.90, bas ni akan behenti betul2 depan SETIA CITY MALL tu, make sure bagitaulah kat driver bas tu. Turun bas, cross road terus masuk shopping mall tu. Mula2 masuk t u terus Nampak ETUDE HOUSE, EH nilah yg membawa sy knl tempat ni hahaha.. sebab awal lagi so, kitorang jalan2 dululah. Sbb tempat baru so, xtau nak jalan mana.. so, jalan2 jer dulu. Tetiba nmpak MPH so kwn sy ajak masuk, dalam otak atau list mmg xterpikir pun nk beli buku tapi terbeli jgk sebab jeng jeng jeng…
Novel ini dulu sy follow kat blog, tapi sebab baca dalam laptop dia xde feel sgt so sy kadang2 baca kadang2 tak. Ditambahi dgn kesibukan seorang pelajar makanya sy terus tinggal sebagai bookmark jer haha xsangka pulak dah jadi novel deabak r ! so, sy decide beli jelah.. sebab ada kena mengena dgn Korea kan?? Hahah *mengong!

Sy dgn mctiey syok usha2 buku sorang lg syok tarik muka sbb perut dah lapar, tambah2 mulut dia sakit ulser kut.. so kitorang pergi foodcourt jelah floor 1 je pon.. Mata sy terus membulat sebab ada kedai jual makanan korea hehe.. tapi  Deobbukki  favorite sy xde pon! Hampeh..  So sy order,
Bibimbab chicken.. RM 7.90
close up, bagi terlur sikit.
ingat namanya ape, RM 10.90
Fahna makan sup2 jer sebab mulut dia sakit, huh, makan xhabis.. kecik hati org yg belanja.. pasni mmg tak kan r.. RM7.00. Air milo - rm1.80, air bandung rm1.70 dan jus oren – RM 2.50. Harga makanan kat sini ok lah xmahal sgt, xmurah sgt..

 Tempat paling lama kitorang pergi kat SCM ni kat fc nilah hahaha.. sebab view sgt cantik, dgn tasik, decoration yg cantik.. bestlah makan smbil tgk view camtu.
Suka sgt gmbar ni, sebab candid yg betul2 bukan buat2 macam biasa tu hahaha
hehehe… TQ tiey!
Cantik x view yg secoit tu? Hahaha posing jer lebih
me and mctiey! Kalau nak bawak pergi makan, sy akan bawa dia sebab….. tolak mangkuk dgn sudu + garfu jer. Hahaha

Lepas makan kitorang jalan2 lagi xde arah tujuan nak pergi, just jalan2 jer.. last sekali sebelum balik sy singgah EH, nantikan next entry apa yg telah di beli haha…

Okay, nak bagitu kalau korang nak balik JANGAN tunggu bas tadi tau sebab, SCM ada menyediakan shuttle bas dalam 2jam sekali, so naik  jer bas tu pastu bagitau nak turun mana nanti driver akan turunkan, tpi make sure kat bustop yg diiktiraflah, kalau korang suruh behenti kat bus stop dpn rumah korang mmg pelempang lah dia bagi..haha

Sambil wait shuttle bus tu buka pintu, kitorang duklah kat busstop tu macam2 topiclah yg diperdebatkan..  Sampailah, ada sebuah satria neo ni behenti depan bus stop tu, mula2 tu tgk jelah.. pastu driver dia keluar..waaa, HANDSOME WEH! Sgt…. Sy cam terpaku jer, cam mamat korea pon ada hahaha. Dgn reben hitam tu.. tiba je depan kitorang dia buka mulut, “Kak nak pinjam phone boleh?, phone sy mati , bateri habis”  sorang jer bertindak bals, dua org lagi cam patung! Xtau nak bagi reaksi sebab terpegun, comel+ handsome sgt hahha..

Kisahnya, nak pergi rumah kawan, kawan dia tunang tapi xtau jalan kut, sesat. Alih2 dia call kawan dia yg lain tu suruh datang jemput dpn SCM tu. Bila dia masuk kereta, kitorang mmg mcm nk giler r hahaha.. serius comel! Sy boleh tgk muka budak laki tu pon sbb sy pakai spect hitam, kalau tak xtau nak pandang macam mana.. malu! Hahah
 cam org buta jer hahaha..


That all for today annyeong!