09 November, 2012

New Experience

Korang pernah terpikir tak direct selling ni akan tambahkan confident..bantu kita improve communication skill dan kenalkan kita dengan dunia pekerjaan yang sebenar.Pada 13-16 oktober yg lalu.. time ni pesta konvo Upm berlansung di Bukit Ekspo.. disebabkan sy xder kerja nak buat so, sy try lah join satu booth nih jual tea...

Tea Previa iaitu gabungan antara Buah Peria dan daun Stevia..Okay, sy terangkan kebaikan buah Peria dulu..apa yang kita tahu buah ni sangatlah pahitnya..sampai nak telan macam nak terkeluar bijik mata..tapi kena cara masaknya,xpahit lah..


 Buah Peria

atau nama saintifiknya Momordica Charantia. Terdapat 2 jenis peria iaitu peria biasa dan "peria katak" dan warnanya hijau tua sbb rupanya macam katak puru....eeeiiii
Setiap sebiji 100gram peria mengandungi 92.4%lembab, 1.6% protein,0.2%lemak,0.8% mineral, 0.8% fiber dan 4.2% karbohidrat.

KHASIAT :
1-Menurunkan tekanan darah tinggi
2- menurunkan kandungan gula dalam darah.
3- membantu proses penghadaman.
4- merawat penyakit kencing manis.
5- memecahkan lemak.
6- manti radang dan anti kembung.

Daun Stevia Rebaudiana

Stevia adalah  spesisi bunga matahari yang berasal dari Paraguay Amerika Selatan. Ianya Pengganti kepada gula,

KHASIAT 

1- Pemanis semulajadi
2- Tiada kandungankalori
3- menurunkan gula dalam darah
4- mengawal obesiti
5- mengatasi masalah insomia
6- memutih dan melincinkan kulit.

Okay, ni hah produk yang sy jual tu..



Tea Previa ni ada 3 perasa Original,Berry dan Citrus.. bagi sy yang paling sedap Citrus.. tapi rata2 yang beli time tu perisa Berry..mungkin tu taste untuk orang berusia xsuka masam2 macam citrus.
Time sy jual hari tu, 1 kotak RM25 beli 3 kotak dapat percuma 1 Papan tu.. kat papan tu ada 20 sheet ,sama je dengan dalam kotak tu.Ni semua time promosi.kalau tak harga sekotak tu RM30.
So, sy dah cuba tea ni..sedap! xmanis sgt..dan yng paling penting ianya tak pahit walaupun dan dicampur dengan buah peria.Time kitorang agih2kan taster tu..sesetengah orang tak nak cuba sebab dalam mind set diorang peria tu pahit..tapi bila dah cuba , baru tau..

Serius,,,mmg happy sangt bila berjaya jual al-maklumlah..orang2 yang datang bukan calang2 macam2 diorang tanya..pensyarah, doktor, pegawai.. hah time nih lah nak test communication skill..first day tu mmg tergagap2, malu2 dan xyakin dengan apa yang diterangkan..masuk second day..hah.. datang jer macam mana jenis orang rileks jer..hehehe
next entry, jual Minyak Wangi plak.. hehe bye!

01 November, 2012

ONLINE SHOPPING

 assalamualaikum..

Ini adalah kali kedua sy mencuba kaedah online shopping ni, first sy beli baju V.I.P dari KRU United Studio..disebabkan dekat je KL dgn Selangor jer,, so barangnya sgt cepat sampai..kali ni sy order direct nuh dari Korea 와대박!..so, kena wait 2 weeks.,, lamanyer..betullah kata pepatah "penantian suatu penyiksaan,,,"

Sy try beberapa item je dulu..Ini link kalau korang berminat nak order jugak ini link blog http://beautiyagie.blogspot.com/  dan lagi senang search jer kat fb, Beautiyagie. online shop ni di handle oleh student Malaysia yg studies kat korea nuh.. so, semuanya brand korea macam Etude House, The Face Shop, Ellianto,Nature Republic,Tony Moly,Skin Food,Holika Holika,  macam2 lagi lah..


So, kat sini sy beli 3 item: First,  Etude House AC Clinic Intense Pink Powder.



1x AC Clinic Intense Pink Powder Spot 15ml


1x AC Clinic Intense Pink Powder Water 15ml


30x Cotton buds


How to use: After washing face at night, last step of skin care, use cotton buds to apply pink

 powder on the trouble area.



Do not shake the content.

Set untuk jerawat, menurut pekerja EH, ramai yg dah guna produk ni dan kesannya  1 week dah dapat lihat so, sy nak try la dulu..lagi pon  agak murah harganya berbanding EH Malaysia.

Second, Lovely Cookie Blusher





Sy pilih yang NO2..sebab warna dia nak kata merak xmerah sgt, nak kata pink tak pink sgt.. sedang2 je..sesuai lah kut dengan klit saya.. smooth jer texture nya.. sy pernah try yg taster punya kat kedai EH.



Third; Etude House Bee Happy Hand Cream (Queen Story, Rose)
Seperti namanya, ianya adalah lotion tgn.. Yang ini pilihan sy..xsabar nak try bau dia.. taster hari tu wangi giler..

4 type of bee..

Selain tu korang boleh jugak jenguk2 kat sini  NrNadira Online pon sama brand dari jepun and korea..
and lastly, saya nak beli kamus nih kalau ada jual lah..sebab cover page dia TAEMIN! time muda mudi dulu .. comel!


that's all...bubbye..tunggukan review barang2 ni 3 week later..


14 October, 2012

Etude House

Entry kali ni kira sambungan pada entry yg lepas lah..
Kali ni produk-produk yang telah dibeli.
1. Gincu.. namanya Dear My Blooming Lips-Talk

Salah satu sebab sy nak beli gincu ni adalah kerana SHINee!

4 Jenis warna yg berbeza mewakili 4 anggota SHINee,  Onew time tu xleh nak join sbb sakit kaki..err? kiss guna kaki ker?? of course lah lau tak camne nak shooting kalau kaki sakit, susah nak bergerak..mujur gak, xleh bayang kalau onew kiss. Those lipsticks  not for man but..look at the picture.Modelnya yeoja(wanita)..
Kiss Note, maknanya When u use those lipstick , write whose SHINee's member name in the book and they will come and kiss u...hahaha.  kalaulah betul2 wujud alangkah...INDAHNYA. tu pasallah sy terkenan nak beli satu.

PRICE = 51.90 after less 30% RM36.33
Ni design dia..lawa kan.. code nya PK004 yg ni Minho Punya..Sebenarnya kan, Minho x kiss pon Sandara  dlm iklan tu sbb dua2 tak nak..segan kut? yeke? xpon Minho belum bersedia..yelah budak2 kan..

2.Proof 10 Mascara

PRICE = 59.90 after less 30% RM 41.93
Kebagusan produk ini adalah ianya water proof . pastu jimat sbb skali srap jer terus melentik..ini produk versi lama punya.. yang versi baru hah yang ni
3 Step Volumecara. Seriussss hebat! ada 3 step pusing2 macam tu jer, step 1 melentik, step 2 melebat step 3 lagi melebat+melentik.. Disebabkan xdek promosi so sy simpan dulu lah kat kedai tu sbb harga nya tersgtlah mahal..

3. Wonder Pore Freshner 

PRICE=79.90 after less 30% RM55.93
Ni kira macam toner lah.. erm... menjadi lah.. tapi bila dah tutup pori2 tu kena gula 1 produk lain untuk membersihkan pore tu pulak..so..bagi sy, yg ni menjadilah..

 Antara 7 kebaikan yg terkandung di dalanmnya,.

opps sorry, not my finger..just rembat dr blog2 sesapa ntah...
Bila dah beli semua kat atas tu dapat free gift, EH kan selalu jer bagi free gift ni sbb tu sy suka pergi bila diorang buat promotion, antaranya:
 Botol air pink... cun kan.. hehe 500ml only..xcukup utk satu hari kelas, dan!
 Mug Missing you... sy xguna pon simpan lagi baik..syg..

 Satu set lengkap Skin Malgeum, sgt suka.. semua ada.. i mean for SHINee member..

mask and product for sensitive skin..xbuka lagi xsempat..byk sgt nak kena pakai nanti jadi hantu plak,,
lastly, wonder pore freshner versi kecil.. and
Mascara remover, Aloha tu kita nama set dia lah..

LASTLY..
take a look EH model hihihi

THATS ALL bye...tido!

06 October, 2012

Etude House Sungei Wang

Assalamualaikum, how are you, tadahaow, annyeong dll

Nampaknya dah 2 hari berturut2 mengupdate nih.. dah study ke?" belum,", journal dah baca? "belum" assigment dah siap? "belum, belum, dan belum" boleh tak tanya soalan lain..serabut perut weh!  
hahaha sendiri tanya, sendiri jawab, sendiri marah...apa da..
(ini namanya bermonolog k)  
Dah siap bermonolog sekarang mula bercerita..selagi xupdate, selagi tu lah duk nak update so baik cepat2 update pas tu xyah pikir boleh fokus bela...........................jar!


Erm, berapa hari bulan eh..jap nak recall balik,,owh..25 september rupanya.. eheh, hari esoknya g makan sate'..amboih! hari2 keluar... teruk2..

Kisahnya macam ni Etude House (EH) kat Sungei wang  ada buat promotion, 
so sy ni mmg pantang dengar EH ni so, sy nak pergilah..huhu first2 tu plan nak g 2 org jer sebab senang nak meronda reramai susah pulak kena tunggu sorang2 lambat..tapi mulut ni bila org bertanya ringan jer menjawab nak xnak kena lah pelawa gak kan..tapi sebenarnya pergi reramai lagi menyeronokkan..boleh gelak2, makan2..macam2 lagi lah..

So tepat pukul 6pg sy dah bangun, punyalah semangat kan.. dah lah setiap 2jam tersedar dari tidur punya la excited.. so jam 8 pg dah siap semua da..so sy turun dulu la sbb nak g breakfast..nasi lemak kalui je pon..Disebabkan perjalanan hari ni agak  jauh so sy kena makan dulu..sebelum lapar dipertengahan jalan. Punya lah syok makan alih2 bas lalu..hampeh betul lah.. bajet naik bas kul 9pg tp dah terlepas terpaksa la tunggu next bas..

Kebetulan yg amat sgt, time bas terlepas tu . 2 org lg kawan sy baru bangun rupanya, diorang dah xnak pergi dah sebab da lambat padahal bas bru je lepas. So, sy paksa diorang siap dan dan bas kul 9,30pg sampai..yeah! bagus! tepat pada waktunya..da efisen dah perjalanan bas Komuter UP*nih..

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan di percepatkan.. Meh nak citer sikit camner nak g sungei Wang nih.. senang jer tapi kena naik 3 jenis kenderaan awam lah..mmg la leceh sikit tapi sy suka sbb malas nak jalan kaki dah la panas "ceng ceng". First beli tiket kat ktm ke Bandar Tasik Selatan, Turun di stesen  HANG TUAH..turun situ beli tiket MONORAIL ke Bukit bintang,,pastu turun situ pusing kiri terus masuk Sungei Wang Mall... senang je kan?

Sesampai jer sy terus mecari tempat EH tu buat promotion..senang jer sebab mmg da ramai org kat center court tu.. so bila lalu jer diorang da kasi kipas2 SHINee..3 member jer..2 lagi diorang simpan dulu kut iaitu Taemin and onew..dah lah sy tgh menggila kat diorang tu..so, wait jer lah pergi EH tu.. same floor jer.. Sy ambil nak dejat 10 keping kipas jugak lah..da dapat letak dalam bag, diorang ingat xdpt lagi so diorang hulur lagi tgn sy ni mmg xmenolak lah hahaha

dah dapat posing lorh..

 Bila dah jumpa tempat promosi  tu, pekerja EH ni iring sampai ke kedai diorang so, xyah nak cari2 hehe dekat je pon..so, sampai kedai tu pusing2 jelah dulu tetiba blank xtau apa nak beli.. so bila ternampak gincu and tetiba ter ada dlm list tu kena beli hehe.. sy saja jer tgk2 tetiba pekerja EH ni datang pulak apa lgi terus lah dia tunjuk colour ni cantik lah, lawa lah sesuai dgn u la macam2 lg lah so sy pon terdecide beli satu.. 

bila dah siap,,bawa lah beg tu kemana-mana, kan bangga tu walaupun berat lah jugak.

depan kedai EH.apa yang dibeli....sila bace next entry hihuha..bye bye..

05 October, 2012

pergi Makan sate'

Serius dah lama sy mengidam, dari awal2 sy dengar lagi..dan semua yang pernah try, kata SEDAP! so sy pernah try jgk sebelum ni tapi tu org kasi lah..Ada akak senoir tu dia keluar makan dengan kawan2 dia terorder banyak and then diorang tapau bawa balik..kebetulan time diorang balik tu sy on the way nak g  isi minyak motor so, alang2 terserempak tu dia suruh lah makan..tapi setakat 2 cucuk jelah sebab kejar masa..tapi serius sedap..

so, banyak kali jugak la plan tapi asyik tak jadi jer sampai malam hari tu 24 september lepas hajat ini dipenuhi jua.. hajat apa ni... apa lagi pergi makan sate Kajang lah.. kat mana? mana lg Kajang lah..
 Aktiviti ni juga sebenarnya nak kasi hati sorang kawan tu gembira sebab tgh kecewa..so, layan je lah..

posing lu..
Disebabkan ni plan secara spontan, sy bagi idea semua setuju and then terus call teksi..kalau sewa kereta lagi murah tapi mmg xsempat la so..teksi jelah. RM40, 1 teksi pergi balik..xyah pikir sesat ke xtau jalan ke hapa.. nak balik call jer terus sampai depan mata kan senang..

So, dah sampai..
Sate Kajang HJ Samuri... mmg sedap! kitorang pilih port baek punya..mmg sesuai untuk bergelak2 sakan. tingkat atas hujung sekali.. best kut duk situ dapat fresh air.. Sekarang barang semua da mahal termasuk lah sate ni gak dah naik 0.70 sebatang da.. baru bajet2 nak berjimat hehehe So, sy ni anti dengan daging makanya sy order 10 cucuk sate  Ayam , kawan2 yg lain order campur.. pastu mula lah xnak makan daging liat lah, keras lah..erm..

 ni jer kitorang order, first2 tu takut tak habis rupa2nya xcukup hahaha.. kalau sapa2 nak tambah nasi himpit and timun batang, boleh jer tp dicaj RM1.

kuah kacang dia sedap... sy suka..sambal dia pon boley tahan pedasnyer..letak sikit jer tapi berapai..
Untuk air biasa2 jer, gelas biasa, harga biasa, masakan panas pon biasa2 jer.. 

Ha, depan kedai ni ada tempat jual2. macam2 lah ada,..
beg, kasut, selipar, jam dan macam2 harga? sama jer dgn tempt2 lain.. so, lepas makan boley lah setakat nak habiskan duit tu...

That all....ANNYEONG!


eh? kenapa tetiba ada gambar ONEW ni?? 
i'm falling in love with him now..after min ho and taemin.. hihihi :-)