03 February, 2013

Lips Balm



     Walaupun cerita rancak berputar namun ia lansung tidak menarik perhatian Eyza malah dia lebih teruja mendengar lagu korea daripada penyanyi kegemarannya melalui ipod yang dialir melalui earphone terus ke hatinya. Lagu-lagu yang sentiasa didengarinya dan didengar dimana-mana sahaja. Itu lebih menceriakan hatinya berbanding menonton cerita di hadapannya. Cerita aksi  yang sedang berdentam dentum di layar skrin hanyalah sebagai alasan untuk dirinya berada di situ, di dalam panggung wayang, pada ruangan tengah di tempat duduk C13.

    Walaupun aksi stuntman begitu mendebarkan, hati Eyza lebih berdebar menantikan  kehadiran seseorang yang sangat dirinduinya, Eyza sentiasa membayangkan si dia akan datang dengan senyuman yang penuh diwajahnya , berjalan dengan bergaya serta duduk disebelahnya seperti sebelum ini. Namun, apakan daya..itu semua sudah berakhir dia memilih untuk tidak meneruskan perhubungan ini walaupun hanya sekadar kawan..

   Dalam keasyikan Eyza melayan alunan merdu nyanyian daripada Ipod nya itu. Tiba-tiba dengan sepantas kilat Eyza berpaling ke arah sebelah kirinya untuk melihat  susuk tubuh lalaki yang sangat dikenalinya tapi wajahnya tidak begitu jelas kerana kegelapan.Namun semakin dekat, semakin jelas dan akhirnya debaran yang menggunung meletus dengan limpahan kekecewaan.. lelaki yang dinanti tidak mungkin akan muncul, yang muncul hanyalah seorang jejaka Korea bersusuk tubuh hampir sama tapi berlainan wajah, rambut dan lansung tidak mengenalinya.

   Eyza sedar, dia diibaratkan menunggu bulan jatuh ke riba. Menanti sesuatu yang tidak pasti.  Namun kata hatinya kuat mengatakan dia akan kembali, dia Cuma perlu bersabar, bersabar dan terus bersabar.  Hampir setiap hujung minggu Eyza akan dapat menonton wayang dan hanya  tempat duduk  C13 yang akan didudukinya. Tempat duduk C12 akan sentiasa dipastikan kosong supaya boleh diisi oleh kenangannya. Namun, kini sudah hampir sebulan lamanya, harapan yang menggunung , runtuh perlahan-lahan. Setiap runtuhan hanya memberikan kekecewaan dan kesedihan didalam hatinya. Akhirnya Eyza meninggalkan panggung wayang itu ditengah-tengah cerita enak berlansung.

     Lelaki yang baru sahaja melabuhkan punggungnya ditempat duduk C12 tadi memandang gadis disebelahnya dengan pandangan kosong dan penuh tanda tanya. Gadis  di tempat duduk C13 memandangnya dengan sejuta kekecewaan, dia mengeluh dan berlalu pergi. 
                      “죄송합니다.. 죄송합니다.. 죄송합니다” ; Eyza     Namun, dia lansung tidak terfikir untuk menegur atau bertanya sebab gadis itu berlalu pergi setiap kali melihatnya. setiap kali dia duduk disitu gadis itu akan berlalu pergi, dan kenapa gadis itu kan sentiasa berada ditempat duduk itu? sama seperti nya yang hanya akan duduk di tempat duduk C12 itu. wajah gadis itu tidak pernah dilihatnya,  dia juga seprti gadis tadi yang mengharapkan kehadiran gadis yang diridui. Dentuman bom kuat dari pembesar suara serta merta menghilangkan persoalan yang bermain difikirannya tentang gadis itu. Dan akhirnya fokus lelaki itu hanyalah di skrin besar dihapannya walaupun cerita itu sudah berlansung setengah jalan.

     Dengan kekecewaan yang menebal, Eyza keluar dari panggung wayang itu. Harapannya berkecai lagi. Tiada apa yang mampu dibuat olehnya selain meneruskan aktiviti yang hampir sama setiap kali hujung minggu.  Dia  berjalan tanpa hala tuju, tiada apa yang ingin dilakukan mahupun tempat untuk dituju.. Untuk menghlangkan kesebakan hatinya, pasti kedai Coffee kegemarannya bersama Jinki akan dikunjunginya. Setapak demi setapak dia menghampiri kedai itu. Kenangan menikmati coffee panas lagi sedap bersama Jinki menerpa dengan serta merta. Hatinya merintih ingin kembali pada kenangan,t anpa membuang masa dia memesan serta membayar  kopi  kegemarannya iaitu pearl choco dan menuju ke tempat duduk yang seakan telah  menjadi hak milik mereka berdua. Pengunjung kedai itu seakan memahami keadaan itu. Malah setiap kali Eyza mengunjungi kedai itu, dengan ramahnya pelayan kedai itu membawa Eyza ke tempat duduk itu.

      Tempat duduk yang dipilih mereka sangat strategik, satu posisi kerusi menghadap dinding dan satu posisi kerusi lagi menghadap pemandangan kota raya Seoul yang sentiasa sibuk. Namun mereka langsung tidak merasai kesibukan itu, yang dirasai cuma kegembiraan dan kehangatan coffee kegemaran mereka berdua. Eyza mulai tenggelam didalam kenangan indahnya, dia dan Jinki gembira menikmati coffee kegemaran masing2 sambil Jinki sebagi guru  mengajarnya melakukan latihan bahasa Korea. Jinki akan menyebut sepotong ayat dalam bahasa korea dan Eyza akan menulisnya. Jika Eyza menulis ayat tersebut dengan betul tanpa sebarang kesalahn, Eyza akan dibenarkan menghirup kopi tersebut jika tidak Jinki akan menghirupnya. Setiap minggu itulah tugas Jinki menjadi guru kepada Eyza. Namun, bila musim exam tiba Jinki menjadi orang yang paling tegas dan bersungguh-bersungguh mengajar Eyza,

     Eyza tersenyum sendiriaan mengingatkan kenangan itu, namun dengan tiba-tiba dia tersedar dari lamuan itu setelah tangannya terasa panas kerana terlalu lama memegang coffee kegemarannya itu. Eyza mengeluarkan telefon bimbitnya untuk melihat fotonya bersama Jinki, satu demi satu gambar mereka bersama ditontonnya. Hanya dia memiliki gambar-gambar itu, Jinki tidak akan dibenarkan mengambil gambar mereka berdua menggunakan telefonya. Alasanya hanya satu, gambarnya tidak boleh disimpan oleh lelaki yang belum sah menjadi suaminya. Jinki, tidak memahami alasan itu. Namun dia menerimanya dengan hati terbuka. Hatinya berbunga gembira setiap kali menonton foto - foto itu, kerana sekeping gambar menceritakan beribu peristiwa.

     Tanpa disedari air yang dihirupnya sudah habis. Akibat kehangat dari minuman tadi bibir Eyza  kering dan perkara yang setiap kali dilakukankan setiap kali selepas makan dan minum adalah menyapu lips balm pada bibirnya untuk mengelak ia kering. Eyza, merenung lips balm yang hampir habis dan menampakkan tandatangan artis korea yang diminatinya, Onew Shinee. Setelah menyimpan lips balm itu didalam beg, Eyza  meraba poket kotnya untuk melihat pemberian yang istimewa dari Jinki kepadanya iaitu, lips balm yang sama yang digunanya. Namun, Eyza  lebih rela menyimpan lips balm itu daripada menggunakannya. Dia tidak sanggup menghilangkan pesanan bermakna yang ditulis oleh Jinki kepadanya. “이자 &온유 영원히”

        Tapi..muka Eyza mula berubah, hatinya turut berdebar kencang barang yang dicarinya tidak ditemui! dia menyelongkar beg tangannya yang dipakai silang pada tubuhnya. Namun tidak dijumpai, dia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk bertenang dan mengingat kembali tempat yang mungkin lips balm itu diletak. Dengan tiba-tiba  otaknya ligat mengingati insiden didalam panggung wayang tadi. Dia merenung lips balm itu dengan harapan pemberinya akan datang kali ini. Tiba-tiba lampu dipadam dan dia menyimpan lips balm itu  tanpa melihat dengan teliti, dia pasti mungkin  lips balm itu terjatuh disitu.

      Eyza menuju kearah pintu masuk pawagam tadi dan memohon kepada penjaga pawagam itu untuk masuk mencari barangnya. Namun, pengawal itu menghalang untuk berbuat demikian kerana akan mengganggu penonton lain menonton cerita yang sedang berlansung dan menyuruhnya menunggu sehingga cerita itu tamat dan dia dibenarkan masuk untuk mencari barangnya  itu. Eyza terima dan setia menunggu di depan pintu keluar  pawagam itu.

      Setelah 30 minit belalu, kelihatan orang ramai mulai keluar. Seorang demi seorang keluar dengan begitu teruja, gembira beserta komen masing-masing, Berbeza dengan Eyza, mukanya langsung tidak menampakkan mimik teruja tapi ketat, dia begitu risau jika lips balm itu tiada di dalam. Setelah sabar menungu, akhirnya pengawal itu membenarkannya masuk. Dia mencarinya dengan penuh teliti, sepanjang tempat duduk kawasan tengah pawagam itu serta kawasan disekitanya. Namun, dia tidak menemuinya, yang ditemui hanyalah cebisan-cebidan tisu dan sampah yang ditinggal oleh penonton.

    Setelah 10 minit berlalu, akhirnya Eyza  mengalah dan menahan rasa yang sangat sedih untuk dilepaskan. Pengawal itu hanya memandangnya dengan penuh tertanya-tanya, apakah barang yang dicarinya, ditemui atau tidak. Namun, setelah pintu ditutup dia tidak dapat menahan rasa kehilangan kedua yang besar baginya, Eyza duduk dan menangis semahu2nya.. memandangkan itu pintu keluar , maka tiada orang melaluinya. Pengawal yang melihatnya hanya mampu memandang dengan sayu tanpa mampu berbuat apa2. Hampir 5 minit Eyza berkeadaan sedemikian akhirnya dia bangun melangkah pergi. Sebelum pergi dia sempat mengucapkan “감사합니다 “ kepada pengawai yang baik hati itu.





22 January, 2013

FIRST SIGHT..


Korang percaya tak dengan pandangan pertama? Tak kiralah dari segi cinta, suka, pilihan, minat or anything..
Bagi sy, saya percaya…..CERITANYA,,

CHOI MINHO

Saya akui,  Minho adalah first sy kenal dalam SHINee. Dulu minat giler kat Minho… sy kenal secara kebetulan jer..tulah orang kata jodoh… errr??  Camne sy kenal eh… penghujung sem 6, time2 final exam.. kalau tak silap lusa tu sy ada exam Econometric so, sy pergilah bilik kawan sy nak gi printlah notes tu. Note tu banyak gak dalam 20 helai.. so nak tunggu mmg lah lama.. kebetulan kawan sy tu duk tgh Layan STARKING.. dia xkenal n xfollow sgt K-POP2 ni dia main tgk jer.. so, alang2 tu sy join lah tgk sambil wait printing tu. Tgk punya tgk, terus Nampak Minho ni comel..  time tu Minho kena pukau @ Hypnotized.. so, layan.. time tu xkenal sapa Minho ni..ntah sape2 ntah.. just tau nama dia MINHO sbb MC duk panggil2 Minho, Minho.. CHOI pon xtau wujud kat dpn Minho tu. So, kalau xsilap.. time tu musim RUNNING MAN. Tetiba jer Minho ni  jadi guest…so, tgk lagi sekali.. n timbullah rasa ingin tau sapa Minho ni..so, GOOGLE. Pap pap pap… semua keluar… baru tau yag Minho ni nama penuh CHOI MINHO..ahli group SHINEE…

SHINee

Bila sy tgk jer SHINee ni.. first mata sy nampak ONEW. Hati sy menilai muka2 diorang kut. Bg sy Onew handsome, comel.. walaupon time tu  tgh minat Minho. Tapi sy abaikan sbb tgh kenal Minho.. so layan. Semua drama, veriety show yang ada Minho sy download n tgk…yg paling sy suka dari mula sy tgk sampai sekarang HELLO BABY.. dah masuk 20 kali sy tgk..tetap sy gelak n ketawa.. dari situ sy dpt tgk n nilai watak2 masing.
 LEE TAEMIN

First sy kenal, Taemin ni.. mak ai secomel alam…. Cute n comel sesangat sgt sukalah tgk perwatakan dia. Tapi sekarang ni gambar paling latest time dia datang Malaysia ritu.. dah berubah habis.. dah jadi Manly seperti yg diinginkan olehnya.. Dulu org suka sgt dia jadi girls sbb comel, sampai satu butik kat Korea sanggup bayar dengan bayaran yg lumayan untuk jadikan Taemin sebagai model untuk dress perempuan Butik diorang..pakaian tu laris plak tu.. giler daebak! Tapi..Taemin sekarang xsama dengan Taemin dulu yg clumsy , pemalu, suka tersenyum… yeke? Bajet kenal lebih jer… hehehe Taemin ssi apa2 yang berubah I tetap like u…
ONEW @ LEE JINKI
Inilah kerja mamat ni senyum, senyum, sengih… sebab tu kut my first sight pilih dia.. walaupun minat menggila pada Minho and Taemin akhirnya dirampas oleh Onew jua.. hahahahaha dulu mmg puji n suka tgk Onew nih tapi sbb minat pada Minho n Taemin tolak tepi jer mamat nih.. Tapi alunan merdu suaranya telah menambat hatiku huhuhhu.. camne? Camni.. time duk layan citer “TO THE BEAUTIFUL YOU” yg Minho dgn Sulli berlakon tu..tetiba terdengar lagu “IN YOUR EYE” ingat lagi scene time lagu tu keluar. Time tu Jae hee keluar dengan Eun Gyul  keluar g double date..Time tu Tae Joon bawa Sangchu(dog) gi buat medical checkout..ntah camne ntah anjing tu lari n Jae Hee ternampak anjing tu, dia pon kejar n Berjaya tangkap semula anjing tu.Tae joon Plak tgh cari gak lah..so terjumpa dekat2 dengan bus stop. Untuk lebih nampak drama time tu hujan lebat..so, diorang duk cakap2 dekat dengan jalan raya.. sbb dekat dengan bus stop, dengan tiba2nya ada bus lalu..Cuba bayang air yg bertakung kat tepi jalan tu di pijak oleh bas.. maka air tu terpeciklah kearah diorang ,Tae joon lepaskan payung untuk lindungi Jae Hee daripada kena percikan air tu..AND time  nilah ~ Sarangeun naege rowa neoreul rikkeuneun sigan euro~




Dup! rasa cam satu tenaga luar biasa mengalir masuk ikut telinga terus turun ke hati..i like that song neomu ceongmal,jinjjah so much! Onew- in your eye. Start dari sinilah suka /minat kat Onew… sampailah sekarang semua drama, variety show, clip2 video yang ada kaitan dengan Onew sy download..laptop sy ni dah macam youtube dah semua ada. Daripada yang cut2 kepada yg full. Yg xleh blah sanggup download citer 16 episode sebab Onew ada berlakon padahal scene Onew , episode last sekali n xsampai 5 minit pon.. aigooo…giler2.

Harapan sy hanya satu, biarlah minat yg mengila ni hilang dengan slow2..dan jangan lagi terjebak dengan mamat2 korea nih.. nak giler jadinya, duit pon banyak  terbang melayang..hope jugak jgn lah jatuh hati kat Jong hyeon n Key plak.. or others band.
Thas all…annyeong!

21 January, 2013

PERWATAKAN MELAMBANG PERIBADI???



Tengah2 sy bosan duk dalam bas 8jam lamanya  hari tu tetiba sy terfikirkan nak buat entry ni. Dan sy amat xbersetuju!
Selamanya sy hidup didunia yang fana ni sy banyak memerhati.. menilai dan membuat kesimpulan sendiri..makanya hari ini sy nak simpulkan apa yg sy tgk dan sy alami..

PERWATAKAN 1: SUKA DRIVE LAJU2, CILOK SITU, CILOK SINI

Pendapat Orang Luar : Mesti org akan fikir pemandu tu ganas giler, pastu cepat naik angin lambat sikit jer nak potong, pantang ada peluang nak cilok..

Kesimpulan sy:
-TIDAK! Seseorang itu xbersifat sedemikian.. tapi of course lah ada yg macam andaian kat atas tu..First, apa yg sy perhati, Seseorang yg suka drive laju2 ni , salah satu sbbnya diorng dah biasa sampai diorng xsedar dah sampai 120km/j rupanya. Kalau keta depan bawa slow, just cilok jer dgn rileksnyer..xmarah dan xmengata apa2.Lagi satu seseorang ni akan buat kerja terperinci, sama lah wataknya time drive if dia xterperinci silap cilok,,naye keta orang..

-Berbeza dengan org yg bawa slow2.. mmg slow dan mengikut peraturan TAPI!!! Baran diorang kuat dari yg suka cilok2 nih tau. Diorang mmg xkan cilok untuk tunjukkan protes tapi melalui mulut.. pot pet pot pet.. kalau nak senarai mmg xtersenarai lah segala kata2 pujian yg dilontarkan..Melalui kerja2 diorang pulak, slow dan cermat macam dia bawa kenderaan lah.. yg ni kena dgn perwatakannya.

PERWATAKAN 2: CARA MAKAN LEMAH LEMBUT,CERMAT, SANTUN

Pendapat Orang Luar :Seseorang tu mesti lemah lembut orangnya, buat kerja pon teratur, yg paling penting seseorang tu penyabar orangnya,

Kesimpulan sy:
-TIDAK! Sy xbersetuju. Ok mmg kita tgk cara dia carik ayam lembut jer,slow2, nasi 1 sesuku sudu, sayur 2 helai, lauk 1 bahagian, kumpul atas sudu n ngap!nampak sgt teratur kan? Okay, apa yg sy perhati, yg makan gelojoh tu lagi sabar perangainya, buat kerja pon teratur, buat kerja gelojoh xpe, asalkan buat daripada, org yg sopan makan ni, buat kerja sopan gak, tapi buat kerja lambatlah sebab sopan kan..

-Nampak x? apa yg sy nak sampaikan? maksudnya orang yg kita Nampak lembut, xsemestinya dia lembut dari segi perangainya.. ada sy terjumpa hamba Allah ni, lembutnya.. sopan jer cakap.. tapi bila barang dia kena usik..masyaallah..hanya Allah je tau camna perangainya. Ada orang ni muka berlagak, kerek, garang giler, tapi kalau apa2 jadi cam org kutuk belakang ker, kena marah ker, barang kena usik ker, diorang cool plak..pelik kan? Tapi xdinafikan ada jer muka garang n mmg garang nak mampus!

PERWATAKAN 2: Kuat giler merajuk, sensitive sangat. Sikit2 nak tarik muka, xnak makan and macam2 lagi lah.

Pendapat Orang Luar : Menyampah giler! Betul x?  sikit2 nak merajuk, benda kecik pon nak ambil hati..lantak dialah.. asalkan aku bahagia..

Kesimpulan sy:
Sy pon akan berkata seperti kata2 diatas. Tapi perasan tak? Orang yg kuat merajuk nih orang yang cepat sensitip cepat sejuk.. berbeza dgn orang lambat 

merajuk..berhari2 pon xsejuk2 lagi.. malah lagi berdendam. Contoh: eh, dia mesej akulah.. malas aku nak reply.hah baru dia tau aku xmaafkan dia lagi.hahaha ingat mudah aku nak maafkan dia..Nampak x? seperti berpengalaman bukan?  Huah huah
Back to the main point, apa yg sy lihat..org yg suka merajuk ni akan cepat sedar diri dia akan memulakan mintak maaf. Dia xsuka simpan2 dalam hati time mintak maaf tulah dia akan luahkan apa yang patut buat, apa yg xpatut dibuat. Tapi xdinafikan ada gak org yg kuat merajuk ni keras ati ..nak tunggu gak org datang pujuk. Xpujuk mmg putus kawan r.. Dosa tau.. tapi kalau dah mintak maaf kira dosa dah lepas kan..

 Betul lah kata pepatah ni  “DON’T JUDGE A BOOK BY IT’S COVER” pepatah ni sy sgt bersetuju. Tapi dalam bersahabat perkara paling penting ialah  IKHLAS DAN JUJUR. Kalau kita xikhlas apa yang kita buat semua xmenggembirakan hati kita,  Sy baru sedar semua tu.

@ IKHLAS:- Bila sy fikir2kan balik, bercuti atau makan angin akan menggembirakan  semua org, kalau kita ikhlaskan semuanya.
@:- JUJUR:  jangan menipu, jgn sorok2,  jangan, cover2, bersahabat dengan jujur. Pasti hati kita akan tenang, setenang air dilautan. Huhuhu
Dan, bersahabatlan dengan org yang kita rasa selesa, tenang, yg paling penting GEMBIRA!

That All..Saya Mintak Maaf Dengan Semua Umat Manusia Didunia Ini, Sila Maafkan Saya Jika Sy Ada Terbuat Kesalahan, Kesilapan Sama Ada Sedar Atau Tidak, Sekali Lagi, Maafkan Saya.
Assalamualaikum.


25 December, 2012

메리~~크리스마스! (Merry Christmas)

we wish you a merry Christmas
we wish you a merry Christmas
we wish you a merry Christmas 
and Happy New year

Krismas kali berlainan dengan krismas tahun2 lepas... dulu wat xtau jer 25 Dec ni..yelah xdek apo2 makno pon..nak sambut? mmg xboleh lah.. So, tahun ni ramai pulak kawan2 yang sambut Krismas ni... Kawan?? i mean org yang menyambut perayaan nilah... first of course lah SHINee KU SAYANG!! SO, dedikasi kat sini jelah.. dah tweet kat tweeter xder respond pon,  apa lah onew nih SOMBONG!


Second person is my Korean Teacher..... Lee Jung Lim. This afternoon I text her:

선생님(teacher), 메리 크리스마스..(Merry Christmas)  hope U have great day today -이자-

and, she replied :
메리메리 크리스마스(merry merry Christmas) 이자씨(ija ssi)~ *^^* thank u so much for ur sweet msg-정말 행복해요( really happy)^^ *.**..** VERY MERRY**.*. CHRISTMAS~*..**

 제 선생님, THANK YOU FOR TEACHING, PRAISING AND GUIDING ME FOR THE WHOLE SEMESTER ...  정말감사합니다
I'LL BE MISS U..


24 December, 2012

왔다!!!!!! (it's here)

24- Dec-2012
Akhirnya penantian selama sebulan 3 minggu 5 hari tamat jua...Entry kali ni sy nak share barang2 dari entry online-shopping ni.29 Oct 2012 sy hantar order,,, lama kan sepatutnya 2 week jer tapi disebabkan pelbagai masalah yg dihadapi oleh owner shop tu...so ter"delay" lama giler... dan ini adalah kali terakhir sy beli kat kedai ini..xnak mention lah..kesian nanti semua xnak order dengan kedai ni gak...

Tadi, dengan excited nya sy pergi pejabat kolej untuk Ambil barang2 nih.. wah, happy giler! sgt happy! kalau boleh kat situ gak nak melompat..tp cover2 ada abg hensem... hehehe


TARRRRRRRRA! hehehe . Okay jom kita tgk apa isinya.

hah, nih hasilnya...tapi agak sedih lah sbb apa yg sy betul2 nak xdapt dah OOS(faham x...guess what)

first item is: Etude House AC Clinic Intense Pink Powder

Second item :Lovely Cookie Blusher
xsabar nak guna... hehehe mesti cun kan *erk, poyo

Hah, yang ni plak free gift..satu mmg akan ada free gift melainkan beli satu item jer.. kedua sbb delay lambt sgt2 kan...so, the first one is Mirror from Lioele. dgn agakan yg tepat sy, LIOELE ni brand make up jugak  selain cermin, alat make up lain pon ada gak..cantik cermin ni kan..tp bila fikir balik..segan plak nak bawa cermin camtu n guna dpn org hehehe tapi ada gak rasa cam Barbie di dunia fantasi tu ...apa2 pon 아주 감사합니다( really TQ).
 Sample produk dari pelbagai jenis brand..sebenarnya sy uninterested sgt dgn brand selain EH..utk free gift ni sy just dapat 3 item dr EH first mask I Need You Honey Was-off Pack, Precious Mineral Sun BB cream and collagen moistfull.


Yang selebihnya ni dari brand lain cam It's Skin, Tony Moly, Holika Holika


Dan, sebagai penutup..sy nak komen sikit lah... as a muslim we should know that  thing is halal or haram.. if the things clearly write made from WINE,SAKE!! so, we should thrown away straightly... why give to others muslims ???? aish...sedih2...

That all 안녕...