05 April, 2013

we are getting far away..

Terima Kasih Sahabat.... 
setiap kesedihan pasti ada ubatnya, cuma kita kena pandai memilih cara yang betul. sesetengah kesedihan kita boleh kongsi dengan kawan2, kadang xboleh... sesetengah kesedihan kita boleh berkongsi dengan sesetengah sahabat je.


Maaflah sahabat, saya hanya manusia biasa. Hidup perlu berkwan dengan semua orang kita tak boleh hidup berpuak2 nanti perpaduan susah dicapai. Saya tahu, sy perlu luangkan masa dengan kamu, kamu dan kamu.. tapi kegembiraan saya hanya saya yang mengetahuinya.

Terima kasih, hanya pada kamu tempat sy meluahkan rasa sedih, marah, geram, benci, tak logik, tak masuk akal dan sebagainya... Walau marah, kecik hati macam mana pun kita tetap memafkan, cuma perlukan masa melupakan apa yang telah dilafazkan..

Sahabat, jika dirimu tidak keberatan maafkan daku.. andai aku banyak sangat2 melukakan hatimu,,, aku sedar diri yang terlalu melulu melepaskan marah, melulu dalam melakukan sesuatu...ampuni daku ye sahabat2ku sekalian...
SAYA SAYANG SAHABAT-SAHABAT SAYA SEMUA...

Ingatan untuk diri sendiri....  EYZA, INGAT! jaga hati orang lain jugak..

31 March, 2013

Hot Air Balloon.

wooohoooo......Assalamualaikum.
Anda apa khabar?  khabar tak baik?? kesian... samalah kita, senasib. Jom, sy ceriakan hari anda dengan menbaca entry ini...*cerialah sgt..
 Korang tau kan ada apa kat putrajaya... ye betul, ada event ini..
Korang pergi tak? tak pergi? rugi-rugi... rugi sgt2.. kenapa?? sbb bagi sy, lagi rugi kalau pergi... xseronok pon sebenarnya. tapi amazing! sebab boleh tgk dengan mata kepala sendiri bagaimana, belon udara tu dinaikkan, besar beb!... bila dia terapung kat udara baru lah nampak itu belon.. kalau setakat kat daratan ni jer,,nk tgk pon xder nikmat..sebab terlindung di celah2 pokok, contohnya seperti ini..
Mungkin, saya punya angle camera xberapa nak kena...so, abaikan

 First2 sy masuk kawasan tu sy nampak balloon monyet(원숭이) berkembar, jgn ingat menara jer berkembar, tapi! teringin gak nak naik, tapi time malam mmg diorang xnaikkan balloon, siang hari jer tu pun kalau cuaca elok.. sepanjang pesta ni berlansung, pada siang hari belon dinaikkan, bila petang tiba cuacu berubah,cam hujan ke, belon terus diturunkan. RM20 per person sekali entry..
sekor monyet, senyum dengan ramahnyer, sekor lagi main tutup2 mata plak..
So,bila dah bosan tgk belon bergambar je lah, mujurlah ada lebihan org.. boleh tolong2 ambilkan gambar.. tapi tulah, bergambar kat kawasan orang ramai ni mmg susah. Elok2 tengah kira 1,2 pap! tetiba jer orang lalu, "sorry2" pastu , time tgh senyum cun2, orang sekeliling tgk pulak,,, so, mulalah xduk diam sbb malu hahah...so, ini hasilnya...

tetibe perut lapar, tekak dahaga.. so, jom pergi tgk gerai apa yang ada, ada byk jugaklah gerai. sampai tak terbeli and tak termakan, last sekali kitorang beli minuman jer, mmg dh lama sy nak minum ABC, so sy  belilah... 너무 비싸요...RM2.50! pastu kan, tgh elok2 hirup ABC tu, tetiba bunyi pengumuman..ingat ada concert ke hapa, so  pergi tempat tadi balik, rupanya semua belon dah siap ditegakkan..i mean dah dinaikan cuma tidak dilepaskan ke udara jer.. cantik! sgt.... xlama lepas tu ada pertunjukkan bunga api, yg nih tujuan sebenar kitorang datang sini nak tgk firework show.. tpkan sy ingat sampai 3 hari..5 minit jer! sy rasalah..sebab sekejap sgt.
pertunjukkan TAMAT!, jom gerak isi perut.... sekali malam tadi try nak makan ikan bakar!
kat sini, 
Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Address: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
kalau berminat, korang boleh google dgn sendirinya, sy nak bagi direction mmg failed lah... just nak mention jer. Gambar pon xsempat nak snap... tapi, service lambat sikit, maklumlah ramai giler orang..dah macam majlis  makan free jer. Serius ramai..

that all, annyeong!

29 March, 2013

선생님, 생신축하합니다....


생일 축하합니다,생일축하합니다

생일 축하합니다

이곳은 생일 선물...

27 March, 2013

Sekejap itu lebih mengembirakan

Malam 26.3 lalu, kawan saya Zarith Nadia datang U sy tau..dah lama duk ajak2 ayam dia... datang jugak akhirnya. Tapi dia datang dengan tujuan yang amat hebat!..sbb sy sendiri pon tak terbuat bendalah tu..terfikir tu adalah... pagi 26.3 tu dia pergi library UKM dulu..jalan2 jap baru datang sini... waaa.. sy happy tak terkata bila tgk dia turu dari keta... rasa nak lari2 sambil peluk2 jer dia..rindu seorang sahabat...Dia datang bersama 2 lagi kawan dia..sy ni jenis yg susah nak ngam dengan orang baru, tapi disebabkan sorang kawan dia dari kelantan dan sorang lagi dari Terengganu mmg kejap jelah boleh ngam... bukan semangat kenegerian yg hendak diperkatakan..tapi soal language  hehehe,,,, mana kita pergi, kita pasti akan cepat mesra dengan orang yg sama  language dengan kita betul x??

So malam tu mmg gegak gempita r bilik kecik saya ni.. happy sgt! da lama xrasa borak camtu.. borak, gelak, borak, gelak sampai lah mata ngantuk... malam ni kena tido awal sbb esoknya, pagi2 dah kena bangun.so, disebabkan bilik ni kecik bagi kat diorang jelah tido, sy pergi merempat bilik kawan sy yang lain sbb kawan sy tu xde kat bilik..balik kg... walaupun dalam kegembiraan menyambut sahabat tercinta datang bertandang..  tapi, ke"heartbroken" ni still terasa.. malam tu cuba gak tido awal, pusing kiri, pusing kanan..still xleh tido... so sy layan Family Outing... uwahh! gelak bukan main... habis 1 episode barulah dapat tido...

Jam 8.30pg esoknya, sy bangun, tgk kawan sy dah siap dah..hehehe sorry2... terbangun lambat plak... huhu. so bersiap dan bila semua dah ready.. kitorang gerak pergi breakfast dulu kat FC.. sambil jalan tu sy gitau lah kat sahabat sy tu.. "erm.. camni lah sy hari2..jalan kaki pergi naik bas..bernasib baik driver bas tu bg naik , kalau xbernasib baik..dia blah cam bodoh jer"...so, makan,,, semua dah kenyang,,start journey pergi library... Sy rasa dah macam tour guide..haha best2.. ok, ni jirat cina... ok ni FBM*...ok ini FSK* dan macam2 lagi sampailah fakulti tempat sy belajar mmg excited nak  bgtau..heheh.. diorang enjoy jer trip tu.. bila dah sampai bus stop depan library..so, turun dan mula masuk library.

Bila melangkah masuk Library, diorang dah sibuk cari bahan2 untuk thesis diorang sy, pulak cuba buat FYP... mujurlah gerak jugak.. beberapa perenggang disamping edit2 apa yang patut. Pukul 1 diorang gerak pergi library kat fakulti pendidikan sy stay kat situ sampai 1.45 tgh hari sbb kelas kul 2... so, habis jer kelas pukul 3 tu sy rush balik kolej sebab kawan sy tadi dah nak balik pukul 4...sampai bilik, kitorang still borak happy..dalam happy still tersirat rasa sedih yang mendalam sbb kejap sgt..dah nak berpisah.... pukul 6 diorang gerak...

 so BYE BYE! dengan semangatnya sy lambai pemergian mereka... bye korang, nanti datangblagi tau... insyaallah...