29 August, 2011

kuih raya tradisional

Alhamdulillah…syukur kepada AllaH s.w.t, sehingga hari ini kIta masih lagi bernafas untuk kita menunaikan ibadah puasa di penghujung bulan Ramadhan Al-Mubarak ini…. Alhamdulillah.. Alhamdulillah….

Sedar  tak sedar rupanya ramadhan hari ini adalah yg ke 29 suda,, masyallah, cepat sungguh masa @ detik berlalu.. dan ini bermaksud? Esok kita RAYA!!! Mak aii, seronok nyer,,,,Hah, macam mana dengan persiapan raya? Dah settle ker.. mesti hari ini pulun habis-habisan kan.. malam raya , lagi lah penatkan??

Tahun ini, sy agak rajin sbbnyer sy telah diberi cuti oleh pihak university utk berkhidmat utk keluarga haha.. raya kali ini sy buat 3 jenis kuih raya.. semuanya kuih tradisional…setelah bertukus lumus menyiapkannya.. akhirnya tangan,kaki, pinggang, leher dan macam2 lg  bukan main lenguh!

Tapi xpe, sekurang2nya tahun ni dapat jimat xpayah beli kueh raya yg mahal tp isinya ciput jer.. hehe hasilnya agak menarik tapi xtau lah tiba hari raya nanti jadi xmenarik plak.. mintak2 taklah ye…

First kuih yg sy buat dengan cousin ialah popia gulung… kuih favorite ADAM af2 yeke?? Yelah sy ada baca majalah Klik edisi raya dulu dia cakap” saya suka popia gulung sbb best bunyiknyer time kunyah tu krupp..kraap..” rasanya macam tulah dia tulis..
Taraaaa…. Hehe, grenti ranggup ngup!

Tapi,amat menyedihkan… rupanya serunding yg dibeli oleh mak say serunding daging.. uwaaa penat jer buat ingatkan ayam.. sbb sy dah pesan beli serunding ayam, dan bila mak saya beli dan bagi pd sy, sy lansung xterfikir yg serunding tu daging… apa daa… main buat jer.. bila dah separuh jalan baru tahu.. teruskanlah buat… so, popia ni special utk guest jer lah sbb sy dan adik sy mmg xkan sentuh.. lau tak..Confirm beraya atas katil sambil merenung masa depan (sakit kepala).

Karipap kecil2..itu istilah sy  dan keluarga sy panggil.. korang panggil apa?

Karipap inti serunding ayam ni, hasil titik peluh sy dan adik sy,tp peluh xsempat menitik dah lap tau.. sambil dipantau oleh ibunda tersayang…. Penat kut buat bendalah ni.. dr petang sampai malam.. kejap jer padahal…hehe… sbb dibantu oleh ramai kaki dan tangan antaranya ank buah lelaki… ermm,  xfaham bila sy masuk dapur sibuk jer nak menjenguk jgk..last2 dah menyibuk mintak nak buat, bagi lah dia buat.. bukan susah pon…just masukkan doh dalam acuan , kepit dan siap!.. bdk darjah satu pon boleh buat.. dan utk pengetahuan korang ank buah sy tu mmg darjah satu lah.Kalau camtu mmg terbukti benarlah kata2 di atas td ye tuan puan…* sengal

siput@seefood :p, ni kitorang panggillah, xtau pulok negeri lain panggil gapo,, snail kot??

Kuih ni, ptg tadi jer baru buat, kejap jer buat sbb hari ini lagi ramai kaki dan tgn datang menyebok.. dah terpilih hanya dua org jer sbb, nak buat siput ni kena alatnyer.. dan rumah sy ada 2 jer alatnyer.. tu pon pinjam tp xhantar2 yg nenek sy punya..so, bila dah siap membentuk siput ni.. bila tiba time menggoreng habis siput2 ini berdakap (*melekat) sesame diorang.. aduyai habis rosak.. terpaksa buat balik dan terus campak masuk dalam minyak yg tgh menggelegak itu… yg penatnyer sbb buat benda sama berulang kali….

Okay, itu jer, kuih raya tahun ni.. so kalau sape2 teringin utk mencubanyer datang2lah ke rumah…
COMFIRM!    *xsedap…. Haha, belum cube belum tahu tau! Disamping kuih almond London dan
パイナップル(pineapple) tart  yg dibeli oleh abg long saya… dihidangi plak dengan air Angggur tajaan F@N... yg dikasi oleh abg jeck sy… semua sponsor wahaha…

Okay lah, dah penat membebel, it's time to make a wish
SeLaMaT hArI rAyA mAaF zAhIr &BaTiN


BYE..BYE.. INSYAALLAH.. LEPAS RAYA NANTI ENTRY BARU AKAN MENYUSUL….
ASSALAMUALAIKUM..

26 August, 2011

KEOBSESSAN TERHADAP BARANG BERWARMA MERAH+PUTIH


HAI, sape nama, boleh knl atau pun tidak...hehe

Today, sy nk share warna kegemaran saya iaitu merah putih bukan merah dan putih but combination of red and white, like a Kelantan’s flag, Malaysia’s flag and… Japan’s flag.  Most of my things mesti ad sentuhan warna merah… sekarang nk share barang yg sy ada yg berwarna merah…even sy minat red + white but.. My things biasanya lebih kepada warna merah.. sbb susah sgt nk cr barang2 yg warna merah putih but cheap.


Koleksi Sandaru (sandal@selipar)


bantal peluk yg dijahit sendiri

 pencil case

beg utk simpan syiling
 purse 
 sweater 

 pengepit rambut 

 my lappy

 tokei

 cap *beli, tp xpernah nk pakai sbb syang! 

Desktop background 

21 August, 2011

おぐり しゅん さん (OGURI SHUN SAN)

ASSALAMUALAIKUM,
 warri ne sbb entry kali ni agak berbau kenegaraan, watashi wa nihon jin desu dan entry kali ini jugak sangat panjang dan padat dgn gmbr2 yg cantik @ ke"hansamu"an.

Gomen ne, sbb slalu sgt Tulis entry pasal @ bercerita tentang Adam.. artis poojaanku…Rupanya ramai yg menyampah *sedih…sob, sob… xpelah lah Dam( ceh byk knl jer) sbr jer lah..org dah xsuka kita nak buat macam mana, nak paksa? Hish! Xbaik paksa2 orang nih… Hah!! Hari sy nk beralih arah kat artis ni lah plak.. hope you alls suka lah ye…

Intro dia dulu eh, sape kat sini minat dan dah 10 kali katam tengok citer はなざかり きみたち ??? Kenapa semua muka blur?? Owh! Wakarimasen desu ne? maksudnya “Hanazakari no kimitachi e”atau pon HanaKIMI!!... saya xberapa suka citer nih, sbb tu semalam kiranya dah masuk 10 kali sy tgk citer tu… eh? Haha

Okay, artis yg saya nk citer ni namae wa おぐりしゅんさん/ Oguri Shun san… ini wajahnya yg tampan itu..aduyai layu..tgk mamat Jepun ni…diulang Jepun bukan korea… sbb ada yg ckp Oguri shun ni korea mai, apa da… korea2 ni xminat lah.. sbb sy support M-POCE (Malaysian Pop Dance) K-pok tidak sama sekali okayyyy..


*sila abaikan muka yg xberkenaan….
suka2 jer sy edit, tau dek Yamada Yu.. habis la sy..



Back to the story, sy mula jatuh hati kat mamat ni lepas tgk citer hanakimi tu lah.. wahh! Mmg feeling habis r dgn さのいずみ(Sano Izumi)  tu dah lah cool, hensem plak tu.. huish mmg xjemu dipandang,,, mmg duk tilik jer muka sano tu… sampaikan pelakon2 lain pon xperasan dah.. hehe xdelah..

Disini sy nak bg info @ biodata Oguri Shun ni sedikit sebanyak dapatlah tambah ilmu didada ye dop??
·         Shun Oguri merupakan seorang pelakon di Jepun.
·         Oguri Shun lahir pada 26 Disember, 1982 di Tokyo.
·  Dia memperolehi populariti menjulang dengan membintangi drama TV kegemaran ramai, Han Yori Dango
·      Seterusnya dia memegang watak utama sebagai Sano Izumi dalam Hanazakari no Kimitachi e.
·         Seterusnya membintangi watak Koyama Kazumi dalam drama Binbō Danshi.
·   Oguri memasuki industri lakonan bukan kerana dia mengetahui bahawa dia mempunyai bakat besar, tetapi kerana dia sangat meminati Uchida Yuuki, seorang pelakon wanita Jepun. Dia merupakan peminat utamanya.
·   Disebabkan mahu bertemu dengan Uchida, Oguri menyertai teater kelas lakonan. Dia mengakui bahawa dia tidak begitu menyukai teater atau kelas lakonan, tetapi keinginannya untuk bertemu dengan idolanya  dan gadis-gadis cantik dalam kelasnya.
·   Sekarang, Oguri mengatakan bahawa lakonan adalah hidupnya dan tidak mahukan yang lain.
·     Lakonan pertamanya ialah watak kanak-kanak yang dibuli dan didera dalam drama Great Teacher Onizuka (1998), ketika berusia 16 tahun.
·       Selain berlakon, dia juga adalah seorang DJ. Dia mengacara sebuah rancangan radio yang dipanggil All Night Nippon.
· Seorang pelakon yang menarik, dia membintangi peranan-peranan seperti orang pekak dalam Summer Snow,

***** sumber dari wikipedia***

Ermmm, itulah sedikit sbnyak biodata diri shun..paling saya suka wataknya as a sano (hanakimi) and hanazawa rui (H.y.Dango) mmg wallah wei… best sgt!


DORAMA WA HANAZAKARI NO KIMITACHI E@HANAKIMI

malas nk citer byk sbb citer ni mmg best , sy just nk share gmbr yg tlh dsnap... face to face tau sy pogi snap.. jgn xcaya palk..

 please! look here... i wants to snap ur face...hehe

 aaaargh! cu wit

 "Ganbate no Mizuki", Sano izumi

 even ngan terkejut pon, tetap cool

"ASHIYA, seat here for a while", SANO

~seat together~

HANA YORI DANGO (はなよりだんご)

He acted as a Hanazawa rui the coolest guy and he make it.. semua wanita akan jatuh cinta ngan Rui ni.. awesome!! Mmg bijak betul org yg create watak ni, sebijik lam manga asal…even Rui ni xbernasib baik dalam percintaan tp pengorbanan yg dia buat utk kawan dia mmg terbaik..inilah sebenarnya dikatakan C.I.N.T.A IS SACRIFICE.

 Rui, please don't be sad... :'(

"why you leave me"   *hehe dialog sendiri

merenung masa depan.
tengok matanya, renungannya...penuh dengan kesedihan

TOKYO DOG
Drama ni shun oguri pegang watak Takakura sou..dia seorang police elit yg kerja kat New York, disebabkan dia gagal dalam mengetui satu operasi pengedaran dadah dia ditukarkan ke Jepun..Misi dia hanya satu utk menangkap Jinno yg telah membunuh ayahnya. Dan bermula kerjanya yg terpaksa berpasangan dengan Marou (Mizushima Hiro) yg lawaknye citer ni even sou ni tegas, straight, dan hebat tapi dia ada satu jer kelemahan.. pasal keluarga dia..haha keluarga dia pelik ! emak dia macam budak2 dan mak dia suka Call sou time sou kerja dan mak dia panggil dia “Sou –chan” haha korang kena tgk bru kelakar tau.
"sou chan, mama desu" 



BINDO DANSHI (*lupa/xtau maksudnya??) sila google teranslate

Ketiga-tiga dorama kat atas tu dia pegang watak cool, hansamu, rileks… kali ni dia bawak watak yg gila2, yg agak baka, and selekah giler serabai jer.. mandi pon x.. TAPI! 1 watak yg penting iaitu dia seorg yg baik hati dia akan tolong kawan2 dia even dia terpaksa tanggung beban hutang yg begitu byk. Mana xnyer org mintak duit jer dia terus lari pergi mesin ATM draw duit n bagi kat org tu even org tu dia xknl pon… baka!tapi lama2 kawan2 dia sedar yg dia ni baik akhirnya kawan2 dia tolong semasa dia dlm kesusahan… baguskan citer nih…Dan yg paling penting dia berlakon dengan girlfriend dia iaitu Yamada YU….

 
DETEKTIF CONAN
Sy mmg dari asalan lg suka tgk cartoon conan nih sbb genre dia lain dari cartoon bodoh yg lain..mmg xdinafikan Negara kita import citer kartun tersangat lah byknya dr jepun sbb kita pon dah tau yg jepun ni mmg terkenl dgn animenya..So, bila dah shun belakon dlm dorama ni sy pon bertambah2 minat lah tgk..huhuhu satu yg movie n satu yg drama lah..watak dia cam watak kat atas sana, cool,tenang, hebat dan kelakar!
tekun menyiasat *Conan Edogawa


SUMMER SNOW
Time ni shun muda lg tp xsure lah plak umur dia berapa…hehe.dalam citer ni dia pegang watak seorg OKU, pekak..tapi still boleh dgr sbb pakai bendalah kat ear tu.. dan watak dia innocent jer baik sbb selalu dengar kata abgnya.. citer ni agak sedih sikit tp sikit jer lah yg kelakarnyer yg byk.. abg dia tu kelakar.. xpernah bercinta tetiba bercinta mmg kelakar lah.. Tapi seriussss, shun mmg comel time muda…

 jun san no onichan ( dgn abg dia)
tgh mengumpat dgn adik dan suami pasal abang dia tgh angau haha
kawaiii! 

CROW ZERO
Budak laki comfirm suka tgk citer ni sbb citer aksi, seorg pelajar nak jd samseng dan dihormati oleh kump.2 samseng yg lain..byk gak r aksi fighting dalam durama ni..so, sy as a women xberapa nk gemarlah.. takut kut tgk *gocoh2 nih.. berdarah situ, berdarah sini..haish tulah namanya Budak  lelaki..lau xgaduh, bertumbuk bukan jantan namanya Ye Dop?? Sy  respek r kerjaya sebagi pelakon ni mmg macam2 diorang boleh jadi, nak ape? polis, tentera even doctor yg tgh bedah org tu pon diorng boleh jadi hahaha bestkan… nak jadi pelakon jugak lah..*layak ker…














GHOST TRAIN
Citer hantu, tgk tajuk pon dah tau kan?Okay lah citer ni, takut gak lah sbb hantu dalam train kan..tempat diorng shoot pon menakutkan..lepas tgk citer ni takut plak nk duk kat stesen komuter tu lama2 tambah2 lau waktu malam…gerun jer..Yg sy suka mengenai citer ni sbb heroinnyer, iaitu heroin citer 1 litre of tears,, lupa dah nama apa, korang ingat x?? So, bgi sy diorng sgt sesuai utk jd couple…ngan Yamada Yu pon sesuai gak ikut lah taste shun xtau plak sy… lagi pon diorng ni jauh sgt nak terokai..
*serius seram...kowai!!

GREAT TEACHER ONIZUKA (GTO)
Time ni shun oguri muda lah sgt2, umurnyer baru 16 tahun (jyuu roku sai desu).Mmg comel, muka dia xberubah dari kecil  hinggalah sekarang dia dah dewasa…citer ni bercerita seorng lelaki yg xbekerja and samseng gak tetiba jadi guru mengajar pulak bdk2 yg ganster so, sesuai lah… shun dalam citer ni dia pegang watak budak yg selalu kena buli dek kwan2 nyer kesian dia, dah lah kurus cekeding kena buli plak.


 cute kan..

hah! apa pandang2..pusing dpn cepat!
kurus cekeding, sama lah cam sekarang 
kesian kena buli,,,


GOKUSEN
Uchiyama,watak shun dalam citer nih… wataknya yg tolol, baka,sengal dan macam2 bergabung plak dgn kawan2 yg lagi2 sengal duk plak kelas yg tersengal * berapa byk sengal lah… hahaha. Shun berlakon dgn kawan baik dia Matsumoto jun diorang mmg baik, Durama ni kelakar habis lah, ditambahi pulak dengan cikgunyer yg agak sengal hahah kelakarlah..tetiba sy teringat scene2 yg kelakar dlm citer tu so… mmg enjoy!

GIGOLO WANABE
*NO COMMET- sbb citer ni xbest bagi sy yg anti dgn cerita yg ada kaitan dgn arak, main2 dgn pompuan nih….

STAND UP
*CITER BODOH! Sy dah delete dah citer tu sbb ntah ape2 lah citer ni..kesian shun berlakon… so..korang2 semua baik xyah tgk,buang masa dan elektrik jer..

19 August, 2011

my memory..... :)

イクワン

Serius aku tak sangka, kita boleh bertemu kembali.Walaupun sekadar merenungmu dari jauh namun hati ini terasa dekat dan sangat mengingatkan aku pada kenangan lama kita. Mungkin kau sudah melupakannya,namun bagiku itu adalah sebuah kenangan yang teramat berharga untukku.

Aku mengharapkan persahabatan yang pernah terjalin bersambung kembali... tapi adakah ianya boleh menjadi reality dengan keadaan dirimu yang sudah berpunya dan diriku yang sudah berubah berbeza dengan zaman dulu.. ku berharap aku dan dirimu mampu berbual mesra seperti dulu itulah harapan ku...

Terima kasih pernah menerima ku dalam hati mu walau untuk seketika sahaja...
Mungkin itu telah tertakdir oleh-NYA,ku redho... ku doakan dirimu menemukan kebahgian samada di dunia mahupun di akhirat......Amin


 terkenang masa kenangan lalu...

FRUSTRATION !

Konnichiwa….Assalamualaikum

Sebenarnya sy tgh frust ni, ingat x entry sal yg sy join contest “Klik-Klik Adam” tu.. katanya result hujung bulan 7 sekarang dah nk hujung bulan 8..so, the owner punyer contest tu menipu ye dop?? Tapi rasa macam xsanggup pulak nk cakap macam tu sbb tu Adam punya fanclubs yg anjurkan.. ntah lah.. diorang xde bajet kut nak hantar hadiah…*cam xcaya jer

Tapi, xbaiklah kan..hampakan hati org tambah2 peminat dia plak tuu..lagi xbaik!. tu nampaknya dia dah xberapa nak care sal peminat die??? Eh,eh mane boleh sy cakap macam tu maybe diorng ada problem la tu n xdapat nk teruskan utk penerimaan hadiah tu kan kan??(back up)

Kesian la kat the campions “LIKE” tu :P sungguh2 dia mintak tolong kawan2,sedara mara dan org yg xdikenali utk like gambar dia…haha padahal mengata kat diri sendiri.. Mmg! Xdinafikan sy pon mengharap jugak nak menang mana ada org join contest tp xnak menang ye dop? So sy pon macam tulah tapi,,,dah mmg terang lagi bersuluh yg diorng tu pe*****.Ntah pape lah…harap diorang berbahgia disisi keluarga dan artis tercinta!

So, sekarang sy nak shared ngan korang semua gambar2 yg sy dah siap edit dari dulu lagi sebelum join contest tu  tau… Sy ni mmg minat mengedit gambar2 ni tp sy xbrapa nk kembangkan minat sy ni sbb kekangan waktu dan kekangan celik IT, so nk tahu sal software edit mengedit ni kena Tanya kepada yg pakar kan..tapi yg pakar tulah xtau sape..so godek2 sendiri maknanya ambil masa yg lama lah.. Tp sekarang sy mmg dah pro kalau setakat  Photoscape tu, nak guna Adobe photoshop jer xtau huhu

Sebelum sy upload gmbr 2 yg banyak itu, sy harap yang xsuka dengan ADAM AF2 ini, xpayah nk kutuk2 tau sbb dosa!! Adam pon xkutuk korang… korang scroll jer mouse tu laju2 turun bawah eh.. jgn plak pangkah terus blog ni…baca lah entry2 yg lain plak hehehe… Warri, sy mmg minat sgt kat mamat ni so sy dah xtau nk edit gmbar sape… 
warri eh..


18 August, 2011

Sejarah disebalik sembahyang

SUBUH : Orang yg pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam A.S ,iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.Perkara pertama yg dilihat oleh nabi ADAM A.S kegelapan dan baginda berasa takut yg amat sangat.Apabila fajar subuh menjelma Nabi Adam a.s. pun bersembahyang sebanyak 2 rakaat.

Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat  tunai kerana Allah Ta'ala.


Rakaat Pertama : Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam

Rakaat Kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma. 


DZUHUR :Orang yang pertama mengerjakan solat zuhur ini ialah Nabi Ibrahim a.s, iaitu tatkala ALLAH s.w.t. memerintahkannya agar menyembelih anaknya nabi Ismail a.s.Perintah itu datang ketika tergelincirnya matahari iaitu waktu tengah hari, maka nabi Ibrahim bersembahyang kepada Allah s.w.t.


Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga                  anaknya.
Rakaat Ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya diganti dengan tebusan kibas.


ASAR : Orang yg pertama mengerjakan solat asar ini ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t, dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu baginda bersembahyang kepada Allah s.w.t kerana diselamatkan daripada 4 kegelapan itu.


Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat 
tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua    : Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga    : kelam dengan malam
Rakaat Keempat : kelam dengan perut ikan nun.


MAGHRIB : Orang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s, tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, ketika itu matahari telah terbenam.Bersyukur Baginda kepada Allah s.w.t kerana diselamatkan drpd kejahilan itu.
 

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhan selain daripada Allah s.w.t yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan keatas ibunya Mariam yg telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah s.w.t jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK : Orang pertama mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.Lalu Allah s.w.t menghilangkan semua perasaan itu pada waktu isyak yg akhir. Maka bersujudlah Nabi Musa terhadap Allah s.w.t tanda bersyukur baginda.


Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
RakaatKetiga : Dukacitanya terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Dukacitanya terhadap anak firaun.

Images and the translation credit from here: http://www.oocities.org/idaabdul/niat_solat.htm. Syukran jazillah…