Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

25 December, 2011

Peringatan


Assalamualaikum…
DAJJAL… anda dah bersedi ker nak hadapi zaman DAJJAL?? Atau mungkin kita sudah tiada di dunia ini ketika DAJJAL ini tibe??
Saya nak kongsi sikit pasal DAJJAL ni…, guna Dajjal laknattullah sebab dia ni wakil setan di dunia..
Fakta-fakta penting tentang DAJJAL..
1.      satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sekarang… Maksud sy, tak runtuh lagi tapi sudah menunjukkan tanda2 nak runtuh ekoran daripada penggalian bawah tanah yg dilakukan oleh Zionis sekarang.
2.       Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam
3.       Nabi Muhammad SAW berkata Dajjal dikeluarkan dari dunia ini maknanya Dajjal dah hidup zaman Rasulullah SAW. Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari
-       satu hari= setahun,
-       satu hari = sebulan,
-       satu hari = seminggu,
-       dan selebihnya seperti hari biasa  , INGAT 1 TAHUN SURGAWi = 1000 tahun DUNIA.
-       Total = 37398  wallahhual’lam..

4.      Dajjal bermata satu
5.      mempunyai perkataan kafir di dahinya. 
6.      Kepada Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal,
= memaling muka daripada memandang wajah Dajjal
=Membelakangkan
 terus berjalan menjauhkan diri darinya.
7.      orang yang terkuat imannya akan diuji dan boleh jatuh disebabkan  fitnah Dajjal,

Fakt tentang Masjidil Al-Aqsa.
Fakta tentang Masjidil Al-Aqsa. 
  1. Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam.
  2. Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
  3. Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja.
  4. Namun, terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib).
  5. Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana ini adalah amalan sesat.
  6. Nabi Sulaiman AS kuburkan kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir  i dimana baginda fikirkan paling selamat.
  7. Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil.
  8. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
  9. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawah kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih.
  10. Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason".
  11. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
  12. Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. 
Segala isi kandungan saya ambil dari laman web ini http://www.pedoman101.com/2011/12/mengapa-yahudi-menggali-di-bawah.html#
Kalau- korang nak baca lagi lanjut…
Kita semua kena besiap dari sekarang…. Insyaalah..

27 November, 2011

SALAM MAAL HIJRAH dan AWAL MUHARRAM

Assalamualaikum…. SALAM MAAL HIJRAH dan AWAL MUHARRAM saya ucapkan..

Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke KotaMadinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

          Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang.Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

          Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang.

MAKSUDNYA : “Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!
Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.”
          Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.


MAKSUDNYA : “Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.
Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Nasyid Maal Hijrah
          
so sama2 lah kita menghayati lirik lagu ini....

Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman 3x

18 August, 2011

Sejarah disebalik sembahyang

SUBUH : Orang yg pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam A.S ,iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.Perkara pertama yg dilihat oleh nabi ADAM A.S kegelapan dan baginda berasa takut yg amat sangat.Apabila fajar subuh menjelma Nabi Adam a.s. pun bersembahyang sebanyak 2 rakaat.

Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat  tunai kerana Allah Ta'ala.


Rakaat Pertama : Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam

Rakaat Kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma. 


DZUHUR :Orang yang pertama mengerjakan solat zuhur ini ialah Nabi Ibrahim a.s, iaitu tatkala ALLAH s.w.t. memerintahkannya agar menyembelih anaknya nabi Ismail a.s.Perintah itu datang ketika tergelincirnya matahari iaitu waktu tengah hari, maka nabi Ibrahim bersembahyang kepada Allah s.w.t.


Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga                  anaknya.
Rakaat Ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya diganti dengan tebusan kibas.


ASAR : Orang yg pertama mengerjakan solat asar ini ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t, dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu baginda bersembahyang kepada Allah s.w.t kerana diselamatkan daripada 4 kegelapan itu.


Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat 
tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua    : Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga    : kelam dengan malam
Rakaat Keempat : kelam dengan perut ikan nun.


MAGHRIB : Orang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s, tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, ketika itu matahari telah terbenam.Bersyukur Baginda kepada Allah s.w.t kerana diselamatkan drpd kejahilan itu.
 

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhan selain daripada Allah s.w.t yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan keatas ibunya Mariam yg telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah s.w.t jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK : Orang pertama mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.Lalu Allah s.w.t menghilangkan semua perasaan itu pada waktu isyak yg akhir. Maka bersujudlah Nabi Musa terhadap Allah s.w.t tanda bersyukur baginda.


Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
RakaatKetiga : Dukacitanya terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Dukacitanya terhadap anak firaun.

Images and the translation credit from here: http://www.oocities.org/idaabdul/niat_solat.htm. Syukran jazillah…


17 August, 2011

Rahsia Dalam solat

Assalamualaikum

Rahsia ini dijumpai di dalam kitab perukun(edisi) jawi

Niat Sembahyang à sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.



Berdiri betul à Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

Takbiratul Ihram à Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.



Fatihah à Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur.


Rukuk à Sebagai tikar utk kita di dalam kubur.



Iktidalà akan memberi minuman dari telaga al-kaustar di dalam kubur.



Sujud à Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim.



Duduk antara dua sujud à Akan menaung panji-panjiNabi (A.S & S.A.W) ketika didalam kubur

Duduk antara dua sujud(akhir) à Menjadi kenderaan kita di padang masyar kelak.



Tahiyat Akhir à sebagai penjawab bagi setiap soalan yg dikemukakan oleh malaikat mungkar dan nakir di dalam kubur.

Selawat ke atas Nabi à sebagai pendinding daripada api neraka.

Salam à Memelihara kita di dalam kubur.



Tertib à Akan pertemukan kita dengan Allah S.w.t.




pictures credit from here  http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/rukuk.html  thakns a lot.. 

13 August, 2011

SOLAT LIMA WAKTU

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya amal yg pertama dihisab pada hari kiamat adalah SOLAT.Jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia. Tetapi jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia.” Hadis riwayat at-Tarmizi

Selama 1 hari kita diwajibkan menunaikan solat sebanyak 5 waktu sahaja,iaitu subuh 2 rakaat, zuhur 4 rakaat, asar 4 rakaat,maghrib 3 rakaat dan last sekali isyak 4 rakaat jadi semuanya hanyalah 17 rakaat sahaja!

Agak2kan berapa minit kita melaksanakan solat ini, contohnya kita assume 3 minit je, so, cuba kita darabkan 3 x 17 = 51 minit!. Hanya 51 minit jer daripada 24 jam sehari utk kita menyembahNYA.

24 JAM ditukarkan kpd minit ialah 1440 minit. Masa sebyk 51 minit yg kita gunakan itu hanyalah 3.5 % satu hari.Cuma sbyk ini sahaja kita peruntukkan masa utk menyembahNYA, yg memberikan kita rezeki. Cuba bayangkan berapa lama kita duk mengadap facebook, tgk tv dah buat2 kerja lain??

Sekarang kita kira mengikut julat mingguan plak. 1week we got 7 days right, if 1 day we just spend only 51 minutes utk bersujud kepadaNYA, didarabkan dengan 7 hari, jawabnya 357 minit atau ditukarkan kepada jam 5.95 jam sahaja kita memperuntukkan masa untuk beribadat kepadaNYA,cuba bayangkan berapa jam kita pergi jalan2, borak2 kosong dan shopping??

Kalau sebulan? Dalam sebulan ada 4 week, jadi 357 minit X 4 = 1428 @ 23.8 jam utk 1bulan! Itulah masa yg kita luangkan utk kita sembah Maha Pencipta..Bagaimana pulak dengan masa yg diambil utk kita pergi dating,layan lagu2 dr favorite singer masing2, mesti lama drpd itu kan??

So, setahun plak macamana?,   1428 X 12 = 17136 minute @ 285.6 jam setahun dan ditukar kepada hari hanya 11.9 hari ! bermakna hanya 1 minggu lebih sahaja utk kita bersolat dalam masa setahun! Masyaallah, sikitnya waktu itu..Masa kita membaca akhbar terutamanya gosip2 artis lagi lama daripada itu kan??

Sekarang, kita kira dari segi usia pula.Kita ambil secara purata umur manusia iaitu 60 tahun.From 60 years we minus it with 10 years for our life before akil baligh, so we got 50 years only.Now, kita bayangkan dalam setahun kita peruntukkan untuk solat selama 11.9 hari maka hanya 595 hari atau lebih kurang setahun setengah sahaja jer seumur hidup kita untuk bersolat kepada Allah Maha Esa.

Setahun setengah jer?? Sebenarnya hanya sedikit ALLAH s.w.t meminta drpd masa kita utk beribadat kepadaNYA, jadi janganlah kita mengabaikannya..bersungguh-sungguh lah kita mengerjakannya kerana kenikmatan didunia adalah milikNYA.Jadi janganlah kita bazirkan waktu kita utk perkara2 yg tidak berfaedah..

Semoga kita semua mengambil iktibar drpd perkiraan diatas…AMIN

Terima kasih kpd Mastika dgn article yg begitu menarik ini, namun sy telah mengubahnya sedikit mengikut citarasa dan waktu yg sy perlukan utk bersolat.

12 August, 2011

untuk perkongsian dengan semua

ASSALAMUALAIKUM  WAROHMATULLAH HIWABAROKATU

PERHATIAN!!!!!!!! Kepada semua pemilik blog pastikan anda memberitahu kawan2 anda atau bloger2 yg lain supaya berhati2 dgn alamt blog masing2.. contoh my blog is sumberi.blogspot.com
pastikan
S tu mesti ada kalau xde..benda lain yg keluar dan ia adalah alamat blog kita.. Contohlah kwan2 kita nk buka blog kita n tertaip alamat yg salah benda lain akan keluar!! Nak tau benda ape??
Ianya sebuah kisah tentang kitab Bibles… masyaallah macam2 cara lah org kafir ni nak sesatkan kita.. dan kita plak dah tau yg bendalah tu salah jgn lah plak rajin2 pergi baca. TAK PAYAH!! Benda tu bukannya betul biarkanlah org2nya sahaja yg percaya pada bendalah tu ok!
Ingat kita sebagai muslim, kita kena percaya kepada kitab AL-QURAN je.. itulah satu2 kitab yg telah diturunkan oleh ALLAH s.w.t kepada NABI MUHAMMAD s.a.w…dan utk pengetahuan kita semua hanya kitab AL-QURAN sahaja benar, sudah ramai ilmuwan-ilmuwan mengkaji tentang kitab ini dan ternyata ia adalah sahih, kalu anda semua tahu perkara yg telah terjadi seperti TSUNAMI, letusan gunung berapi dan kemalangan jalan raya yg dasyat telah tertulis didalam AL-QURAN even perkara 10 tahun yg akan datang sekali pon ianya telah tercatat dalam AL-QURAN MUKARIM ini…
Pada sambutan Maulidur Rasul yg lepas sy telah menghadiri satu ceramah, sy masih ingat penceramah itu pernah berkata, tiada satu pun kita yg sama isi kandungannya melainkan AL-QURAN walaupun kitab ini berada di mesir. Jepun, Pakistan dan kutub selatan sekali pun ia tetap sama.. berlainan dengan kitab bible yg dicipta oleh manusia sendiri, isi kandungan kitab ini berbeza dengan setiap Negara..contonhya di Malaysia begini, namun di Indonesia ia sudah berbeza.. tengok!! Xkanlah benda yg berbeza dan dicipta oleh manusia sendiri kena percaya…Tetapkanlah hati kita supaya lafaz….
“Aku bersumpah tiada tuhan selain ALLAH S.W.T, dan aku bersaksi NABI MUHAMMAD S.A.W itu pesuruh ALLAH.”

Ini kekal sehingga nyawa kita dihujung halkum..insyaallah..
Terlebih dahulu sy meminta maaf jika entry kali ini menyinggung pihak2 tertentu tapi sy percaya bahawa ISLAM itu agama yg benar dan tiada yg benar melaikan yg benar.. selagi iman kuat didada tak perlu kita gentar dengan apa cara sekali pun org kafir cuba memesongkan akidah kita.. kita percaya pada ALLAH.SW.T yg satu,.. seperti rukun iman yg pertama..
Sekian sahaja tazkirah pada kali ini, hingga kita berjumpa lagi, ASSALAMUALAIKUM…