Entry kali ni sy nak bercerita pasal buah, bukan apa ada jugak orang yang xkenal buah ini..
![]() |
| Belum Masak, kekuningan ni maknanya da masak la... |
Okay, namanya buah Macang( orang Kelantan panggil la), embacang atau bacang( orang luar dr Kelantan panggil) Pokok buah sama keluarga dengan mangga iaitu Anacardiaceae dari genus Mangifera yang terdapat di Malaysia. Buah Macang merupakan buah yang eksotik ditanam di kawasan kampung secara dusun bercampur dengan pokok buah-buahan lain. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Thailand, Myanmar, Singapura, Kemboja dan Vietnam. Buah Macang seperti juga buah kuini iaitu mempunyai beberapa persamaan terutama dari segi bentuk, rasa, aroma dan struktur isinya. Antara perbezaan jelas ialah kandungan serat dalam Macang lebih keras berbanding dengan kuini.
Ni pokok Macang sebelah rumah saya.. ada kebaikan pokok sebelah rumah ni..first, meredupkan dan mengelak daripada pancaran terik matahari.. tapi keburukannya pulak.. bising kut..cam da nak runtuh atap rumah ni sekarang musim buah ni luruh dan setiap kali luruh DUM!! jatuh atas zink rumah nih. haish!, malam2 selalu gak terkejut..tapi sabor jelah..
Nak sgt update Blog... tapi xdek citer best..so, citer sal buah ni jalah..




