28 November, 2011

feeling...

Sekarang baru saya sedar rupanya  saya ini seorang yang sangat EMO.....
 saya baru tesedar setelah saya bermuhasabah diri pada hari semalam....
masyaallah, begitu teruk rupanya EMO sy ini...
dimulai dengan perasan


GEMBIRA

 Situasi 1:  Beberapa hari yang lepaskan Malaysia VS indo, Harimau Muda menang kan? so sy gembira sgt2 sampaikan sy rasa cam xnak berhenti bersorak dan melompat2...org lain dah behenti tp sy tetap dgn aksi td.. fikir2 balik malu pon ada sbb org tgk pelik jer.. tp sy peduli ape sebab sy sgt gembira!
Situasi 2 : Saya akan sgt gembira apabila sy memahami apa yg sy baca, contohnya sy tgh study subject Mikro ni.. dan sy Faham... itulah yg mebuatkan sy gembira...
Situasi 3 : Sy akan gembira bila apa yang sy cadangkan org akan ikut. 
SEDIH

Situasi 1 : saya sangat sedih bila hati dan fikiran saya memikirkan kehidupan keluarga saya di kg, terutama IBU sy.. sy ingin menemaninya dikala dia susah hati, runsing dan risau.sy nk duduk sebelah dia utk ceriakan dia.. dan tindak balas yg paling cepat bila sy dapat feeling ni ialah....CRYING! 
Situasi 2 : Bila sy tgk cerita-cerita melayu/jepun yg menyanyat hati, sedih lah. Cerita berunsurkan kematian, kesakitan, kehilangan, keinsafan dan ke ke lagi... apa reaksi  sy, sy akan tersenyum utk cover air mata yg mengalir.. tapi kalau tak tahan sy tutup mulut utk tidak menghasilkan sebarang bunyi yg mungkin dapat dikesan oleh roomate sy.. *MALU
Situasi 3 : sy sedih jika janji yg telah dibuat di mungkiri last minute... so sad...
MARAH
baby pon dah pandai2 nk EMO.... kiss kan baru tau,...
Situasi 1: kalau sy marah sy akan campak semua barang yg ada depan sy!! SEMUA..termasuk jg lah laptop ini, sy akan patah2kan macam biskut tu dan sy akan rendam dalam baldi yg dipenuhi dgn air. sbb tu lah dah banyak kali sy tukar laptop... dan begitu jugak dengan handphone sy.. sy akan campak ke dinding biar dia hancur berderai baru saya puas hati....HAHAHAH 
Situasi 2 : contoh lah sy xbuat perkara tu, tp diorang tuduh sy! sy mmg pantang! sy akan sekeh kepala org tu sampai retak tempurung kepalanya, baru sy puas hati...
Situasi 3 :kat atas semua tu tipu.... yg sebetulnya kalau sy marah sy hempap muka kat bantal dan CRYING!. sebab2 sy marah ialah, cnth: "kita gerak pukul 7.45 ok"
reply :" aku xpergi"  tepat pukul 7.44!!!!! korang marah x?
RISAU
Situasi 1:Time nak jawab test/exam/periksa/ujian/,... risau sgt2 sbb xhabis study, habis study pon risau jugak sbb takut xboleh jawab dan xsure itu jawapannya..
Situasi 3: Risau giler2 bila hari itu ada presentation! walaupun dah berpuluh kali dah buat tp still lg risau...sebab takut tak terkeluar apa yang hendak dicakapkan, risau point yg diutarakan dibidas hebat dan risau audience BOSAN..
Situasi 3 : bila dapat tahu "mamat" tu nk datang UPM, time tengah tunggu kedatangan "mamat"tu,risau sgt!

that's all.... TQ

27 November, 2011

SALAM MAAL HIJRAH dan AWAL MUHARRAM

Assalamualaikum…. SALAM MAAL HIJRAH dan AWAL MUHARRAM saya ucapkan..

Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke KotaMadinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

          Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang.Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

          Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang.

MAKSUDNYA : “Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!
Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.”
          Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.


MAKSUDNYA : “Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.
Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Nasyid Maal Hijrah
          
so sama2 lah kita menghayati lirik lagu ini....

Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman 3x

26 November, 2011

Novel VS Filem/Drama…

Hari ini saya nk share tentang citer2 novel kemudian diadaptasikan jadi filem/drama.. entry sebelum ini pun dah ada kan, yg citer pasal novel”KAU LAKSANA BULAN “ tu.. dan hari ni ada 3 novel lg yg akan sy citer…..Sebelum tu sy nak tanya yang mana korang lagi prefer? Suka novel ker suka drama/filem sbb bila dah dijadikan drama/filem ni jalan citer dah diubah dah sikit2.

Jawapan saya saya lagi suka tengok drama/filem in case pelakonnya hensem-hensem dan cun-cun jer.Kalau xhensem sy prefer baca novel even saya akan skip jer monolog-monolog tu..saya akan cari part yang ada dialog jer.. hehe terukkan “sepsis bukan kaki novel” nak buat macam mana,Kawan saya kan siap inagt lagi bait-bait romantic dalam setiap novel yang dia baca dan bila dia citer kat saya, sy tersenyum jer sbb mmg xterlintas pon nak baca, hafal ? memang tak lah…. Begitulah..
Pertama :
Tajuk :  STANZA CINTA
Penulis : Nurul Halawati

Agak cantik juga covernyer..tapi sayang sy xpernah pon baca buku.. bru first time nampak tup tup dah ada kat tv..First sy tgk bku ni time sepupu sy baca, bdk form 4 lelaki..percaya x? mmg sukar tp itu hakikat..bru nk try pinjam dia dah balik rumah dia daa..Dan novel ini dijadikan Drama..kat tv3, setiap hari selasa dibintangi pelakon yg cun-cun,dan hensem2…ini  dramanya..


Saya sekarang dalam proses nak habiskan tgk citer ni yag saya download sendiri tau, semangat tuu…nak tau gak apa kesudahan cinta Amni dan Irfan ni..tp ni citer melayu so, agak dramatic sikit lah.. xseperti citer Hindustan yg mmg ending dia akan dapat kita agak, bukan agak tapi Pasti! Hahaha

Kedua:


Tajuk:KASIH SUCI
Penulis :Meen Zulaikha
Ala siapa xtahu tentang ni yang mmg meletup-letup dulu, sy pon dah ingat2 lupa pernah ke tak baca buku ni.. tgk cover cam pernah baca..tapi xingat..heheh, sya suka baca tapi sy xberapa nak ambil pot sgt lah macam tahu siapa penulisnya, xpon tarikh dikeluarkan, xseperti kawan sy sorang ni dia mmg akan catat novel yang dia dah baca, baguskan? Saya pon respect habis r..
Citer ni SWEET sangat kan?, cover dia.. Honestly, saya ni buta dalam memilih novel sbb first yg sy tgk or criteria yg sy tgk  time nk beli novel ialah COVER nya…. Baru baca synopsis,, pastu dapatlah citer yg hampeh jer.. First time dalam hidup sy beli novel pe ntah tajuknya, hampeh giler.. saya mmg buta novel..org lain beli best jer.. sy pon dgn ikhlas hati hadiahkan kat kawan sy…
Cerita ni, dijadika drama gak tajuknya “NORA ELENA”, kenapa xguna tajuk novel tu? Sbb sebelum ni dah ada citer tajuk tu kat tv3 so, risau org confuses so, pengarah citer ni  tukarlah sikit. 


Hah, da agak dah mesti korang excited kan? Sbb tgk Seth Tan ni betul x? mestilah betul sbb sy pon excited lebih gak ni hehehe.. dan seperti yg kita tahu citer ni meletup2 lah dan dah jadi phenomena… hahaha xleh blah.. mesti ramai nk pakwe cam Seth Tan kan? Tapi ada ker? Tulah masalah or persoalan utama..kira mmg untung sangat2 lah Nora dapat menpersuamikan seth tu… sweet sgt.. sy pon dah terjatuh hati sudah kat pelakonnya.. mmg Aaron pandai bawak watak tu.. dgn muka dia yg xbersalah tu..haha terbayang jer nora tu isteri betul dia.. bertuahkan?Citer ni disiarkan kat tv3 gak pukul 6.30-7.30 malam, time yg xberapa nk cun…. Tapi sy xlayan pon time kat tv.. rugi! Sbb time tu kerja.. tup tup dah famous bru nk download..biasalah haa, ini barisan pelakonnya.
Bertuah adik Sam Bunkface in kan..

Ketiga :
Tajuk : OMBAK RINDU
Penulis: Fauziah Ashari


Novel pertama sy baca, pinjam dengan kawan @ jiran saya NOOR, novel ni akak dia punya.. best lah layan giler tapi novel ni. Tapi agak tidak sesuai untuk sy time tu sebenarnya.. seperti yg semua kita tahu jalan citer novel ni agak menjurus kepada org2 dah kawin, time tu xsilap saya  berumur 15,xpon 16 tahun camtulah.. time2 lepas PMR xtau nak buat apa baca novel banyak2..
Citer ni akan jadi filem… wah.. excited! Excited sAngat.. pelakon pon sama jer dari kedua-dua novel di atas siapa lagi kalau bukan En.Aaron Aziz…. Hensem guy! huhu 1 Disember 2011 citer ni akan ditayang di pawagam tapi slack lah sy ada test 30/11 dan 2/12 nih.. geram weh, baru nak release tension.. xbest tgk lambat2 nanti dah basi sebab org akan bercerita pasal filem nih...

Tapikan, sy xsuka Maya karim tapi, Lisa okay jer..nape dia xpilih Ayu Raudah? Xpon Siti Saleha.. mesti lagi best,  sambungan citer Nora Elena tu..heheh tu jer sebabnya..

Okaylah.. nak sambung buat kerja sikit, sebenarnya banyak lagi drama/filem diadaptasi daripada novel..sy Cuma focus 3 buah novel ni dulu, nanti bila rajin sy survey lg ok..bye2…
ASSALAMUALAIKUM….=)



18 November, 2011

Photo shoot time..

Tajuk pon dah menggambarkan apa yg telah berlaku kan? okay meh nk kongsi sikit pada hari sabtu dan ahad yg lepas sy terlibat dengan satu bengkel dan sy AJK pendaftaran.. Sebenarnya nk lahirkan kekecewaan sikitlah.. sbbnya bukan senang nk handle nak buat benda lah ni semua.. kitorang atau pihak kolej bersungguh menawarkan merit utk2 pelajar2 supaya dpt stay kolej dan tawarkan sijil supaya apa yg mereka join tu bagi ganjaran dan yang paling penting akan menambah pengalaman mereka agar mereka dapat merasa atau mencuba atau terlibat utk buat satu event.


tapi semua tu diorang mana nampak, yg diorang nampak, baik aku tido hujung2 minggu nih.. apa da mmg rugi lah diorang2 ini.. yg join pon ada tp 1 slot jer, bengkel tu ada 3 slot lah.. mana boleh nak bagi sijil kalau datang bengkel pon xpenuh.. erm, manusia2..


Malam Ahad tu adalah malam penutup dan keseluruhan majlis tu di handle oleh peserta yg join bengkel tu lah.. cuba tanya mereka apa yg mereka dpt.. selain pengalaman, mereka dpt makan percuma, sijil & merit xyah cakap r dah sah2 stay kolej kut... RUGI BUKAN??

So, malam tu event berlansung dengan happening sekali tapi agak cacat sbb kekuranagn manusia yg xnak join bengkel ini.. Biasalah dah nama pon bdk2 baru belajar jado adalah jugak sedikit sebanyak kesilapan telah berlaku... biasalah tu dan lepas nih kena baiki lah jangan harapkan AJK xpon senoir2 jer.. junior2 ni kena belajar lau xbelajar bila senior dah grad sape nnak handle majlis2 kat kolej ni xkan pihak pejabat kut... Xlogik bukan? 


Dan ini gmbr yg telah disnap mlm tu, nk tunjuk lah jugak kemeriahan malam tu..





 Okay keesokkan harinya, ada sesi photo shoot utk bacht kitorang, i mean  bdk2 course kitoranglah.. Mula2 tu adalah gaya formal semua org pakai kot, and i got the big one very buruk !, tapi redho jelah pakai jer sbb bila dalam gambar kot tu nampak dan dan @ cantik jer kat badan saya.. Budak laki course kitorang ramai yg join cuma 2, 3 org jer xjoin sbb diorng xsuka bergmbr,,,xhandsome kut... bdk laki cina pon xde gak ntha sbb ape..mungkin diornag Handsome kut... so, seperti biasalah pompuan mmg akan excited bab bergambar2 nih..

Okay dimulai dengan gaya formal.



 Dan baru gaya bebas, gaya giler2 sume fesyen ada dan macam2 gaya dapat dilihat...tp bila dah dpt gmbr2 tu lah..


tak sabar sgt nak tgk hasilnya nanti mesti happy n sedih bila tgk gambr2 tu bila dah grad... hope sgt2 yg muka sy clear jer xde tido2...

ok, sekian... bye2

15 November, 2011

Presentation


Tomorrow  i have a presentation for subject economy Islam.. actually, it should be done but.. we got a little problem and that why we decide to be a last group for that day. Unfortunately, the time is not enough to finish for all group,, and our presentation will be done tomorrow.. 

Actually, i want our slide should be like i this... but! i'm sure that they of course not agree with me..
so make it for myself only.


Okay, this time my group should explore more about Information Discloser and we are more focus at bank.
from Islamic
perspective
from conventional perspective
 
            and this is adiffrence information discloser between islamic and convensional.


so, please say GANBATTE KUDASAI to me and my friends,,, i'm, really hope this word,  "good presentation" come up from mouth our lecturer.. and pray for the difficult question to answer.

Ya Allah swt.., please give me a strength and be me more confident to give a spech tomorrow..AMIN ya Robbal Alamin.. 

14 November, 2011

'Penghijrahan"

sape faham dengan tajuk kat atas?? mesti kita akan terfikir seseorng yg ingn berubah kan? drpd free hair kpd bertudung, dr jahil kpd berilmu, dan dr seksi kepada lebih sopan..

saya nk share sikit lah... 23 okt hingga 29 okt, sya ada mengikuti satu kelas agama,,, dan drpd kelas tu saya belajar byk benda yang selama ini sy lansung tidak mengetahiunya dan ada yg sudah lama dilupakan...

Bermula dr tingkatan enam sy dah tingkalkan kelas2 agama ini, maksud sy dulu kita ada jugak belajr agam sbb subjek yg mmg kena ambik,, kat tingkatan dah xde sama lah kat U pon dah xde.. semuanya xciter sal agam tapi ilmu keduniaan sehingga sy terlupa utk mencari ilmu yg sejati, i mean ilmu utk dijadikan bekalan akhirat nanti...

Masyaallah, kenapa sy begitu lalai dengan tanggung jawab sy sebagai muslimah.. sy mula alpa dengan kenikmatan dunia...

Selepas sy ikut kelas tu saya agak sukar utk mengaplikasikannya, sbb MALAS! kenapa lah syaitan nih kuat sgt menghasut! tapi sy mula buat walau sekali sehari.. bendanya senang jer iaitu berzikir.. supaya hati kita sentiasa mengingati ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD S.A.W...

kadang2 saya solat tp fikiran entah kemana melayang, astaghfirullah... kenapa?? hanya 2 minit jer sy xboleh fokus?? sbbnya hati sy hitam.. dan sy kena buang titik hitam itu...

erm..... saya inginkan hati yang tenang setiap hari......

sekian, assalamualaikum..