09 November, 2012

New Experience

Korang pernah terpikir tak direct selling ni akan tambahkan confident..bantu kita improve communication skill dan kenalkan kita dengan dunia pekerjaan yang sebenar.Pada 13-16 oktober yg lalu.. time ni pesta konvo Upm berlansung di Bukit Ekspo.. disebabkan sy xder kerja nak buat so, sy try lah join satu booth nih jual tea...

Tea Previa iaitu gabungan antara Buah Peria dan daun Stevia..Okay, sy terangkan kebaikan buah Peria dulu..apa yang kita tahu buah ni sangatlah pahitnya..sampai nak telan macam nak terkeluar bijik mata..tapi kena cara masaknya,xpahit lah..


 Buah Peria

atau nama saintifiknya Momordica Charantia. Terdapat 2 jenis peria iaitu peria biasa dan "peria katak" dan warnanya hijau tua sbb rupanya macam katak puru....eeeiiii
Setiap sebiji 100gram peria mengandungi 92.4%lembab, 1.6% protein,0.2%lemak,0.8% mineral, 0.8% fiber dan 4.2% karbohidrat.

KHASIAT :
1-Menurunkan tekanan darah tinggi
2- menurunkan kandungan gula dalam darah.
3- membantu proses penghadaman.
4- merawat penyakit kencing manis.
5- memecahkan lemak.
6- manti radang dan anti kembung.

Daun Stevia Rebaudiana

Stevia adalah  spesisi bunga matahari yang berasal dari Paraguay Amerika Selatan. Ianya Pengganti kepada gula,

KHASIAT 

1- Pemanis semulajadi
2- Tiada kandungankalori
3- menurunkan gula dalam darah
4- mengawal obesiti
5- mengatasi masalah insomia
6- memutih dan melincinkan kulit.

Okay, ni hah produk yang sy jual tu..



Tea Previa ni ada 3 perasa Original,Berry dan Citrus.. bagi sy yang paling sedap Citrus.. tapi rata2 yang beli time tu perisa Berry..mungkin tu taste untuk orang berusia xsuka masam2 macam citrus.
Time sy jual hari tu, 1 kotak RM25 beli 3 kotak dapat percuma 1 Papan tu.. kat papan tu ada 20 sheet ,sama je dengan dalam kotak tu.Ni semua time promosi.kalau tak harga sekotak tu RM30.
So, sy dah cuba tea ni..sedap! xmanis sgt..dan yng paling penting ianya tak pahit walaupun dan dicampur dengan buah peria.Time kitorang agih2kan taster tu..sesetengah orang tak nak cuba sebab dalam mind set diorang peria tu pahit..tapi bila dah cuba , baru tau..

Serius,,,mmg happy sangt bila berjaya jual al-maklumlah..orang2 yang datang bukan calang2 macam2 diorang tanya..pensyarah, doktor, pegawai.. hah time nih lah nak test communication skill..first day tu mmg tergagap2, malu2 dan xyakin dengan apa yang diterangkan..masuk second day..hah.. datang jer macam mana jenis orang rileks jer..hehehe
next entry, jual Minyak Wangi plak.. hehe bye!

0 comments:

Post a Comment