21 January, 2013

PERWATAKAN MELAMBANG PERIBADI???



Tengah2 sy bosan duk dalam bas 8jam lamanya  hari tu tetiba sy terfikirkan nak buat entry ni. Dan sy amat xbersetuju!
Selamanya sy hidup didunia yang fana ni sy banyak memerhati.. menilai dan membuat kesimpulan sendiri..makanya hari ini sy nak simpulkan apa yg sy tgk dan sy alami..

PERWATAKAN 1: SUKA DRIVE LAJU2, CILOK SITU, CILOK SINI

Pendapat Orang Luar : Mesti org akan fikir pemandu tu ganas giler, pastu cepat naik angin lambat sikit jer nak potong, pantang ada peluang nak cilok..

Kesimpulan sy:
-TIDAK! Seseorang itu xbersifat sedemikian.. tapi of course lah ada yg macam andaian kat atas tu..First, apa yg sy perhati, Seseorang yg suka drive laju2 ni , salah satu sbbnya diorng dah biasa sampai diorng xsedar dah sampai 120km/j rupanya. Kalau keta depan bawa slow, just cilok jer dgn rileksnyer..xmarah dan xmengata apa2.Lagi satu seseorang ni akan buat kerja terperinci, sama lah wataknya time drive if dia xterperinci silap cilok,,naye keta orang..

-Berbeza dengan org yg bawa slow2.. mmg slow dan mengikut peraturan TAPI!!! Baran diorang kuat dari yg suka cilok2 nih tau. Diorang mmg xkan cilok untuk tunjukkan protes tapi melalui mulut.. pot pet pot pet.. kalau nak senarai mmg xtersenarai lah segala kata2 pujian yg dilontarkan..Melalui kerja2 diorang pulak, slow dan cermat macam dia bawa kenderaan lah.. yg ni kena dgn perwatakannya.

PERWATAKAN 2: CARA MAKAN LEMAH LEMBUT,CERMAT, SANTUN

Pendapat Orang Luar :Seseorang tu mesti lemah lembut orangnya, buat kerja pon teratur, yg paling penting seseorang tu penyabar orangnya,

Kesimpulan sy:
-TIDAK! Sy xbersetuju. Ok mmg kita tgk cara dia carik ayam lembut jer,slow2, nasi 1 sesuku sudu, sayur 2 helai, lauk 1 bahagian, kumpul atas sudu n ngap!nampak sgt teratur kan? Okay, apa yg sy perhati, yg makan gelojoh tu lagi sabar perangainya, buat kerja pon teratur, buat kerja gelojoh xpe, asalkan buat daripada, org yg sopan makan ni, buat kerja sopan gak, tapi buat kerja lambatlah sebab sopan kan..

-Nampak x? apa yg sy nak sampaikan? maksudnya orang yg kita Nampak lembut, xsemestinya dia lembut dari segi perangainya.. ada sy terjumpa hamba Allah ni, lembutnya.. sopan jer cakap.. tapi bila barang dia kena usik..masyaallah..hanya Allah je tau camna perangainya. Ada orang ni muka berlagak, kerek, garang giler, tapi kalau apa2 jadi cam org kutuk belakang ker, kena marah ker, barang kena usik ker, diorang cool plak..pelik kan? Tapi xdinafikan ada jer muka garang n mmg garang nak mampus!

PERWATAKAN 2: Kuat giler merajuk, sensitive sangat. Sikit2 nak tarik muka, xnak makan and macam2 lagi lah.

Pendapat Orang Luar : Menyampah giler! Betul x?  sikit2 nak merajuk, benda kecik pon nak ambil hati..lantak dialah.. asalkan aku bahagia..

Kesimpulan sy:
Sy pon akan berkata seperti kata2 diatas. Tapi perasan tak? Orang yg kuat merajuk nih orang yang cepat sensitip cepat sejuk.. berbeza dgn orang lambat 

merajuk..berhari2 pon xsejuk2 lagi.. malah lagi berdendam. Contoh: eh, dia mesej akulah.. malas aku nak reply.hah baru dia tau aku xmaafkan dia lagi.hahaha ingat mudah aku nak maafkan dia..Nampak x? seperti berpengalaman bukan?  Huah huah
Back to the main point, apa yg sy lihat..org yg suka merajuk ni akan cepat sedar diri dia akan memulakan mintak maaf. Dia xsuka simpan2 dalam hati time mintak maaf tulah dia akan luahkan apa yang patut buat, apa yg xpatut dibuat. Tapi xdinafikan ada gak org yg kuat merajuk ni keras ati ..nak tunggu gak org datang pujuk. Xpujuk mmg putus kawan r.. Dosa tau.. tapi kalau dah mintak maaf kira dosa dah lepas kan..

 Betul lah kata pepatah ni  “DON’T JUDGE A BOOK BY IT’S COVER” pepatah ni sy sgt bersetuju. Tapi dalam bersahabat perkara paling penting ialah  IKHLAS DAN JUJUR. Kalau kita xikhlas apa yang kita buat semua xmenggembirakan hati kita,  Sy baru sedar semua tu.

@ IKHLAS:- Bila sy fikir2kan balik, bercuti atau makan angin akan menggembirakan  semua org, kalau kita ikhlaskan semuanya.
@:- JUJUR:  jangan menipu, jgn sorok2,  jangan, cover2, bersahabat dengan jujur. Pasti hati kita akan tenang, setenang air dilautan. Huhuhu
Dan, bersahabatlan dengan org yang kita rasa selesa, tenang, yg paling penting GEMBIRA!

That All..Saya Mintak Maaf Dengan Semua Umat Manusia Didunia Ini, Sila Maafkan Saya Jika Sy Ada Terbuat Kesalahan, Kesilapan Sama Ada Sedar Atau Tidak, Sekali Lagi, Maafkan Saya.
Assalamualaikum.


0 comments:

Post a Comment