Walaupun aksi stuntman begitu mendebarkan, hati Eyza lebih berdebar menantikan kehadiran seseorang yang sangat dirinduinya, Eyza sentiasa membayangkan si dia akan datang dengan senyuman yang penuh diwajahnya , berjalan dengan bergaya serta duduk disebelahnya seperti sebelum ini. Namun, apakan daya..itu semua sudah berakhir dia memilih untuk tidak meneruskan perhubungan ini walaupun hanya sekadar kawan..
Dalam keasyikan Eyza melayan alunan merdu nyanyian daripada Ipod nya itu. Tiba-tiba dengan sepantas kilat Eyza berpaling ke arah sebelah kirinya untuk melihat susuk tubuh lalaki yang sangat dikenalinya tapi wajahnya tidak begitu jelas kerana kegelapan.Namun semakin dekat, semakin jelas dan akhirnya debaran yang menggunung meletus dengan limpahan kekecewaan.. lelaki yang dinanti tidak mungkin akan muncul, yang muncul hanyalah seorang jejaka Korea bersusuk tubuh hampir sama tapi berlainan wajah, rambut dan lansung tidak mengenalinya.
Eyza sedar, dia diibaratkan menunggu bulan jatuh ke riba. Menanti sesuatu yang tidak pasti. Namun kata hatinya kuat mengatakan dia akan kembali, dia Cuma perlu bersabar, bersabar dan terus bersabar. Hampir setiap hujung minggu Eyza akan dapat menonton wayang dan hanya tempat duduk C13 yang akan didudukinya. Tempat duduk C12 akan sentiasa dipastikan kosong supaya boleh diisi oleh kenangannya. Namun, kini sudah hampir sebulan lamanya, harapan yang menggunung , runtuh perlahan-lahan. Setiap runtuhan hanya memberikan kekecewaan dan kesedihan didalam hatinya. Akhirnya Eyza meninggalkan panggung wayang itu ditengah-tengah cerita enak berlansung.
Lelaki yang baru sahaja melabuhkan punggungnya ditempat duduk C12 tadi memandang gadis disebelahnya dengan pandangan kosong dan penuh tanda tanya. Gadis di tempat duduk C13 memandangnya dengan sejuta kekecewaan, dia mengeluh dan berlalu pergi.
“죄송합니다.. 죄송합니다.. 죄송합니다” ; Eyza Namun, dia lansung tidak terfikir untuk menegur atau bertanya sebab gadis itu berlalu pergi setiap kali melihatnya. setiap kali dia duduk disitu gadis itu akan berlalu pergi, dan kenapa gadis itu kan sentiasa berada ditempat duduk itu? sama seperti nya yang hanya akan duduk di tempat duduk C12 itu. wajah gadis itu tidak pernah dilihatnya, dia juga seprti gadis tadi yang mengharapkan kehadiran gadis yang diridui. Dentuman bom kuat dari pembesar suara serta merta menghilangkan persoalan yang bermain difikirannya tentang gadis itu. Dan akhirnya fokus lelaki itu hanyalah di skrin besar dihapannya walaupun cerita itu sudah berlansung setengah jalan.
Dengan kekecewaan yang menebal, Eyza keluar dari panggung wayang itu. Harapannya berkecai lagi. Tiada apa yang mampu dibuat olehnya selain meneruskan aktiviti yang hampir sama setiap kali hujung minggu. Dia berjalan tanpa hala tuju, tiada apa yang ingin dilakukan mahupun tempat untuk dituju.. Untuk menghlangkan kesebakan hatinya, pasti kedai Coffee kegemarannya bersama Jinki akan dikunjunginya. Setapak demi setapak dia menghampiri kedai itu. Kenangan menikmati coffee panas lagi sedap bersama Jinki menerpa dengan serta merta. Hatinya merintih ingin kembali pada kenangan,t anpa membuang masa dia memesan serta membayar kopi kegemarannya iaitu pearl choco dan menuju ke tempat duduk yang seakan telah menjadi hak milik mereka berdua. Pengunjung kedai itu seakan memahami keadaan itu. Malah setiap kali Eyza mengunjungi kedai itu, dengan ramahnya pelayan kedai itu membawa Eyza ke tempat duduk itu.
Tempat duduk yang dipilih mereka sangat strategik, satu posisi kerusi menghadap dinding dan satu posisi kerusi lagi menghadap pemandangan kota raya Seoul yang sentiasa sibuk. Namun mereka langsung tidak merasai kesibukan itu, yang dirasai cuma kegembiraan dan kehangatan coffee kegemaran mereka berdua. Eyza mulai tenggelam didalam kenangan indahnya, dia dan Jinki gembira menikmati coffee kegemaran masing2 sambil Jinki sebagi guru mengajarnya melakukan latihan bahasa Korea. Jinki akan menyebut sepotong ayat dalam bahasa korea dan Eyza akan menulisnya. Jika Eyza menulis ayat tersebut dengan betul tanpa sebarang kesalahn, Eyza akan dibenarkan menghirup kopi tersebut jika tidak Jinki akan menghirupnya. Setiap minggu itulah tugas Jinki menjadi guru kepada Eyza. Namun, bila musim exam tiba Jinki menjadi orang yang paling tegas dan bersungguh-bersungguh mengajar Eyza,
Eyza tersenyum sendiriaan mengingatkan kenangan itu, namun dengan tiba-tiba dia tersedar dari lamuan itu setelah tangannya terasa panas kerana terlalu lama memegang coffee kegemarannya itu. Eyza mengeluarkan telefon bimbitnya untuk melihat fotonya bersama Jinki, satu demi satu gambar mereka bersama ditontonnya. Hanya dia memiliki gambar-gambar itu, Jinki tidak akan dibenarkan mengambil gambar mereka berdua menggunakan telefonya. Alasanya hanya satu, gambarnya tidak boleh disimpan oleh lelaki yang belum sah menjadi suaminya. Jinki, tidak memahami alasan itu. Namun dia menerimanya dengan hati terbuka. Hatinya berbunga gembira setiap kali menonton foto - foto itu, kerana sekeping gambar menceritakan beribu peristiwa.
Tanpa disedari air yang dihirupnya sudah habis. Akibat kehangat dari minuman tadi bibir Eyza kering dan perkara yang setiap kali dilakukankan setiap kali selepas makan dan minum adalah menyapu lips balm pada bibirnya untuk mengelak ia kering. Eyza, merenung lips balm yang hampir habis dan menampakkan tandatangan artis korea yang diminatinya, Onew Shinee. Setelah menyimpan lips balm itu didalam beg, Eyza meraba poket kotnya untuk melihat pemberian yang istimewa dari Jinki kepadanya iaitu, lips balm yang sama yang digunanya. Namun, Eyza lebih rela menyimpan lips balm itu daripada menggunakannya. Dia tidak sanggup menghilangkan pesanan bermakna yang ditulis oleh Jinki kepadanya. “이자 &온유 영원히”
Eyza menuju kearah pintu masuk pawagam tadi dan memohon kepada penjaga pawagam itu untuk masuk mencari barangnya. Namun, pengawal itu menghalang untuk berbuat demikian kerana akan mengganggu penonton lain menonton cerita yang sedang berlansung dan menyuruhnya menunggu sehingga cerita itu tamat dan dia dibenarkan masuk untuk mencari barangnya itu. Eyza terima dan setia menunggu di depan pintu keluar pawagam itu.
Setelah 30 minit belalu, kelihatan orang ramai mulai keluar. Seorang demi seorang keluar dengan begitu teruja, gembira beserta komen masing-masing, Berbeza dengan Eyza, mukanya langsung tidak menampakkan mimik teruja tapi ketat, dia begitu risau jika lips balm itu tiada di dalam. Setelah sabar menungu, akhirnya pengawal itu membenarkannya masuk. Dia mencarinya dengan penuh teliti, sepanjang tempat duduk kawasan tengah pawagam itu serta kawasan disekitanya. Namun, dia tidak menemuinya, yang ditemui hanyalah cebisan-cebidan tisu dan sampah yang ditinggal oleh penonton.
Setelah 10 minit berlalu, akhirnya Eyza mengalah dan menahan rasa yang sangat sedih untuk dilepaskan. Pengawal itu hanya memandangnya dengan penuh tertanya-tanya, apakah barang yang dicarinya, ditemui atau tidak. Namun, setelah pintu ditutup dia tidak dapat menahan rasa kehilangan kedua yang besar baginya, Eyza duduk dan menangis semahu2nya.. memandangkan itu pintu keluar , maka tiada orang melaluinya. Pengawal yang melihatnya hanya mampu memandang dengan sayu tanpa mampu berbuat apa2. Hampir 5 minit Eyza berkeadaan sedemikian akhirnya dia bangun melangkah pergi. Sebelum pergi dia sempat mengucapkan “감사합니다 “ kepada pengawai yang baik hati itu.
0 comments:
Post a Comment