Ya Allah, dah lama sy pendam perasan ini..macam2 cara sy guna untuk buang perasaan ini, sy lari, sy elak..namun sy sedar sy kena hadapinya juga... Mok, org rindu ko mok..org nak mintak maaf dengan Mok sebab xsempat nak jaga Mok untuk kali seterusnya, Mok.. maafkan org. Insyaallah org xlupa bacakan Yassin untuk mok.. mok pernah tanya kubur Chek kat mana org jawab kat Ulu Sat, adakah itu pertandanya mok nak disemadikan disitu?? kami tak mampu untuk memenuhinya,pelbagai masalah yang akan timbul nanti... Mok, maafkan orang..org dah rancang nk gi melawat mok time cuti PRU lepas..tapi xsempat.. org xsanggup dan sebenarnya xboleh nak terima Mok dah xde.. sbb tu org xbalik..maafkan org mok..
Mok, Tenanglah kat sana.. anak2 mok akan selalu ingat pada mok,, Insyaallah.. Mok, pernah jaga org time org kecik..org selalu g rumah mok.. mok, lepas ni org mesti sedih tengok rumah mok, sunyi, xberpenghuni.. Mok, lepas ni pasti hari raya lagi menyedihkan.. biasanya mok mesti ado, peluk cium org dengan Emy... Mok org rindu,teringat ko Mok..org xboleh nak luahkan perasaan ini tapi tiap2 malam org teringat ko Mok...Org xboleh nak ngadu ko Mak, pasti dia lagi sedih sebab dia anak Mok..org sekadar cucu ...
Mok, lagi menyedihkan... seseorang dah bertukar sifat baiknya kepada tamak.. tak sangka, ini yang ditunggu olehnya.. kenapa begini jadinya.. Mok, maafkan dia.. mok, mok dengar tak apa yang orang berkata dalam hati ini? Mok org sayang mok..tu jer mok perlu tahu.. Time mok sakit, org lain takut nak tidur dengan Mok.. org tak, sbb kalau boleh hari2 org nak jaga mok, suh Mok sihat boleh senyum balik, bercakap benda2 yang betul, membebel kat org..tu yang org teringat sekarang.
Dulu, dengar jer org nak balik, Mok akan tunggu depan kat rumah, xlarat pon Mok tetap naik untuk tengok org balik.. Mok terima Kasih, org cucu yang x baik..org selalu belikan barang2 pada Mak, anak2 buah tapi tak pada Mok.. Mok..maafkan org.. Macam mana nak teruskan hari2 selepas ini, org xteringin nak balik rumah, bila ingatkan masalah dan Mok sudah xde..
Ya Allah swt... ampuni segala dosa besar dan dosa kecil Nenekku, dosa dulu, dosa jelas lagi tersembunyi.. Engkau tempatkanlah nenekku di tempat2 orang beriman dan jauhilah nenekku dari siksa kubur dan api neraka. Amin Ya Robbal Allamin.
0 comments:
Post a Comment