05 January, 2014

Trip ke Batu Pahat + Kawan Tunang Day 3

Oit, bangun2 dah pukul 9 lah.. seingat sy tu ayat yg sy tuturkan pagi tu haha sy jadi org pertama lagi bangun mandi dan bersiap..  Asalnya Syu nak datang pukul 11 pastu ada hal sikit so lambat sikit.. Bila dah siap awal tu, buka forumlah dulu depan tv, pilih2 channel last2 jumpa 8tv time tu M Countdown tgh berlansung.. so, Sy dgn Nad mmg excited lah sebab dah mmg sah2 ada lagu EXO-Miracle In December. Sambil tgk2 tu, ini first time bagi sy tgk KPOP ramai2 biasanya sy layan sorang2 jer. Bila Girls Group keluar semua focus kat kaki dgn body seriously jealous! Nape lah body diorang ni cantik2, kaki masing2 panjang lurus.. 

Dalam hati ada gak doa, Syu datang lambat sebab nak tgk EXO, tapi belum sempat Amin, syu dah sampai…  So, masing2 mmg cantik kata nak tunang kan? Hahaha.. sesampai jer rumah syu terus take photo, bila lagi.... xlama lagi mesti ramai org..so layan
Kenapa mostly berempat? sebab time ni Syu xsiap lagi, xcantik2 lagi so sila jd photographer jer..
Seriously, camera IPhone ni mmg cun! mesti kerja keras utk mendapatkannya! Tambahan lagi D.O pon guna Iphone jgk, Cuma xtau 1 ke 5 ke apa.. sy, kalau bab Phone mmg lambat sikit, nasib baik knl IPhone. Ok, meh nak citer sikit camne sy knl IPhone ni, time Khusus FS kat U lepas, ada sorang laki cina ni satu group dgn sy, duduk pulak sebelah sy, dia dtng sehelai sepinggang xbawak laptop semua hanya berbekalkan IPhone jer. So, time Fasi datang nak nilai resume yg telah dibuat dia buka dan tunjukkan kat Fasi tu by Phone jer, lepas settle semua. Sy selamba jer Tanya, ni model apa? Dalam kepala sy mati2 ingat Samsung. So, dia pon jawab IPhone lorh… sy pon “owh,” malu xyah cakap r.. hahaha. 선생님 pon guna IPhone gak…so sy bakal menyusul, tapi lepas pergi Korea dululah.

Lepas posing semua, jemput makan bihun goreng dengan sambal kicap pedas nak mam*… tapi sedap! Sampai merah2 bibir dah xpayah pakai gincu. Lepas makan, apalagi posing kat pelamin lah pulak, sekarang org xramai lagi jap nanti mmg dah xde can. So, layannn…
Ada Gaya tak? hahaha
Nasib baik ada org sudi layan karenah kitorang hahaha.... TQ to Kawan Adik Syu..
lupa plak namanya...
Sambil2 posing tu org makin ramai datang semuanya sedara mara Syu lah.. bermacam percakapan dan bahasa sy dengar Cuma xsempat nk belajar jer.. tapi setakat basic word like “gobok-almari, gebor-selimut” mmg dah pro..
Dalam 12.30pm camtu Mak Andam datang nk solekkan Syu, so first2 tu excited lah tgk, lama2 penat nak tunggu..so, masing2 keluar dari bilik lepak dpn bilik sambil… main phone lah apa lagi.. dalam tgh syok2 layan FB kat  phone tu sedara syu datang hulurkan tgn nak Salam, so masing2 sambutlah.. tgn bertukar jer terus sambut phone..haish remaja zaman sekarang! Pastu datang lagi, bukan sedara Syu, tapi makanan.. hahahah makan lagi.. kali ni aneka kek dan roti + air sunquick mmg sodap ah.

Tunggu punya tunggu.. Syu siap Make up. Fuh! Mmg cantik.. cantik sgt2 org xpernah2 makeup sekali makeup mmg cantik.. so sesi photografi bersama pengantin… org nk bertunang kita panggil pengantin jugak ker?...
Dalam pukul 2.30pm camtu rombongan pihak lelaki sampai, Syu dan nervous giler dah.. duduk xsenang berdiri xsenang.. haha kelakar bila tgk.. sy pulak sibuk duk intai2 manalah tunang Syu ni, kira ni second time  sy tgk.. yg lain mmg dah lama kenal. So, intai2 akhirnya Nampak gak,tetiba si tunang Syu called nk bgtau keta Mak Ayah dia xsampai lagi sebab tu tak masuk lagi.. so, dalam 10 minit camtu rombongan masuk… bincang2 berapa hantaran, berapa mas kawin.. pastu makcik Syu datang suruh Syu keluar..
Sebenarnya kitorang kat dalam bilik xdengar apa2 pon padahal bilik dgn ruang tamu tu dekat sgt.. mungkin sebab bising sgt kut tu yg xdengar. Syu yg nervous giler tu keluarlah, plan asal Amy kena temankan dia sampai ke pelamin pastu kena duduk sebelah pelamin tu utk temankan Syu, tetiba pulak makcik Syu yg lain ni suruh bawa keluar hantaran pastu terus tukar bawa masuk balik.. So, flower2 girl termasuk sy bawa keluarlah.. disebabkan time tu sesi sarung cincin tgh berlansung so mmg jam! Sibuk dgn photographer lagi.. xpasal berbaris jer flower2 girl kat tgh2 org ramai tu..hahah malu siot! Org snap pic sy nyorok belakang Amy, nasib baik Amy besar…
Bila semua dah settle, sesi photo shoot  lepas majlis pulak.. tapi bukan sy lah kawan2 syu yg lain.. sy dah mmg penat dah so, duk tepi and jauh2 control cun sbb ramai kut lelaki2 tapi satu pon xde yg berkenan hahaha. Lama dan ramailah pulak org yg nak bergambar ni.. so, kitorang decide turun and makan dulu..

Menu hari tu , nasi minyak!, air sirap, bubur barli, cocktail buah dan kuih muih.. sy ni penggemar kuih muih tapi bila dah masuk nasi, semua tolok sebab kenyang sgt! Makan xhingat dunia. Sambil makan tu borak2 dengan makcik2 yg join sekali dalam rombongan pihak laki.. tetiba sy dapat geng haha makcik tu org Kelantan.
So, bila semua tetamu dah balik, tinggallah kami dan sedara2 terdekat Syu. Nampak sgt masing2 penat tambah2 lagi mak dgn ayah Syu. Bila Majlis dah habis dgn jaya barulah Nampak diorang berdua dapat senyum dgn tenang.

Dalam pukul 6PM camtu syu hantar balik rumah sewa, kitorang sampai jer terus kemas2 barang, mandi, bersiap sebab bas pukul 8pm utk Farah, Nad dgn Amy. Sy 8.30pm sebab terus balik Shah Alam. So, sambil2 tunggu syu tu sempat lagi bukak jajan makan sambil tgk upin ipin… erm kelakar jugak upin ipin nih..

So, dalam pukul 7pm Syu sampai, singgah rumah Syu jap salam2 dengan Mak Syu pastu terus ke Stesen Bas BP..xsampai 15mnt kut kitorang duduk,  bas utk 3 org tu dah sampai,. So, salam2 peluk2 cium2 bye bye… pastu 5 minit kemudian giliran sy.. salam2 dengan syu pastu naik bas. Bila sy dah duduk kat seat sy.. Syu pon balik. Sedih jer rasa time tu..tapi dalam hati lagi berdebar sebab duk tempat org hahaha tmpt sy tgh2 xnak r.. depan, belakang semua laki.. so, better sy duk sebelah tinggap.
Bila tukang check tiket tu datang dia bgtau tempat sy kat depan tapi kalau nak duk situ, duduk jer.  Tapi tempat yg sy pilih sememangnya salah! Hampeh betul2 atas tayar.. mmg xdapatlah tidur naik bukit  melompat, turun bukit melompat, macam hape dah!
Time tu mmg nak tukar tempat jer, lampu merah jer konon2 ready nk tukar seat tapi xtukar2 pon, penakut! Dalam hati duk berdoa moga kat stesen Muar nanti xdelah org duk kat seat depan tu.. Sekali hah, ambik ko laki with big body yg duduk mmg xdek harapan lah.. nak try2 gak mintak tukar tapi, mamat tu duduk jer terus berdengkur..apala… so, dah xde pilihan sy duduk jelah.. dalam terlompat2 tu sempat gak tidur dalam sejam camtu.. pastu berjaga jelah takut  terus lena terlepas stesen.
Tepat pukul 12am, sy sampai stesen Shah Alam, sedikit bengang r sebab sy dah mesej abg sy awal2 kut yelah malam kan takutlah. Sy nk dia tunggu sy, sekali sy sampai dia baru nak gerak mmg nak marah gaklah.. takut kut kat stesen bas pompuan seseorang.. dlm 15 minit gak baru sampai.. so sampai rumah dalam 12.30am terus mandi, kemas sikit2 tepat pukul 1am terus tidur… 

So, tamatlah journey ke BP yng paling best… hope next journey lagi best! KOREA wait for us! Bye!

0 comments:

Post a Comment