04 May, 2014

Fatin Kahwin

2 May 2014
Tepat pukul 10am sy naik bas, sesorang pulak tu. First time naik bas perdana, first time jgk duduk kat seat atas.. rasa nak meraung jer poning kepala! Mula2 naik tu cari seat xjumpa sbb seat yg betul ada minah mana ntah duduk, suka ati jer kan, baik xpayah beli tiket kalau nak duduk suka ati. Baru jer duduk ada org belakang panggil “Eh, Eyza”… “Eh Tia” sy pun teruja jgklah sebab mmg xsangka dapat jumpa balik dgn Tia setelah beberapa bulan terpisah completely terpisah sbb mmg xde contact2.

So syukur sgt2 at least ada geng nak wait train pergi UP* nanti. Syukur sangat Ya Allah. Disebabkan seat sy depan n Tia kat belakang cam nk patah pinggang pusing semata nk borak. Alih2 masing2 layan fikiran. Tapi time terlintas soklan tu pusing gak tanya. Yelah dah lama xborak.. haha sy bersyukur sbb ditemukan dgn insan2 baik macam Tia nih.. Banyak pulak tu dia bawak bekal hehe nasi lemak, kek coklat mmg langkah kanan betul sy. Sedap tu mmg sedap tapi kalau dalam bas perjalanan  jauh pulak mmg sy xberani nk makan banyak takut perut buat hal.
Nilah org yg sy duk cerita ni. Cantik orgnya.. sy belajar byk perkara dengan dia. Alhamdulillah.

Dalam pukul 6pm camtu kut kitorang sampai kat Putra, so naik Train pergi Serdang dalam 6.3++pm  sampai, Alhamdulillah sbb kawan Tia ni sudi hantar sy pergi kolej.. syukur xpayah penat2 tunggu bas. Bila dah sampai tu sy rush nk kena kejar bdk junior ni sbb kwn (Shahin) tinggalkan kunci kat dia. So, turun jer kereta ucap terima kasih semua terus lari hehe
Me and Shahin
cam pernah nampakkan bear ni kat mana…

 
Terima kasih sgt2 kat Shahin sbb sudi bagi tumpang bilik, tq sebab trust kat  kawan ko ni haha. Tak kisahlah roommatenya camne yg pasti bilik tu selesa sgt2. Sampai jer terus mandi, solat n tido! Dalam bas bukan boleh tidur sgt.. kalau duk seat atas gegaran masuk lubang ke hapa ke double effect.



So, dalam pukul 11pm lebih, sy pergi pulak bilik kawan sy sorang ni, kalau jumpa dgn dia mmg susah nk behenti borak.. Nampak dia penat sgt mlm tu sbb baru balik kerja. Tapi mulut gigih jugak borak. Kalau tak kerana baju T-shirt Baekhyun mmg xkan ganggu dia kesian kut. Hah lagi satu disebabkan EXO First Box. Dah bebulan tunggu nak tgk. Nasib baik dia sempat download sbb dalam masa 2 hari je link tu dah kena remove. Time EXO First Box ni release, excited sgt nk beli even RM150! Mujurlah akal dpt kawal nafsu.. haha beli baju jelah at least boleh pakai, CD nk tgk mmg sah2 syg kang calar pulak haha. Dan dia sorang jer faham jiwa K-POP sy ni haha.. semua benda boleh kongsi sama2 rasa sedih, happy, marah n macam2.

Nad namanya, entry sebelum2 ni mmg dah banyak kali sy mention nama dia… 
Bila dah settle semua, masing2 mata pon lah layu  balik tido jelah, pagi esok nak jalan jauh. Pagi esoknya tepat pukul 6.30am sy bangun, time 5,30am dah jaga sbb dengar azan kuat sgt, tapi mata ni lagi kuat berat dia hehe. So siap semua, kemas turunlah dgn beg besar gedabak tu, xsempat nk say goodbye kat room8 shahin sbb dia tgh krooh krooh lagi. Yg penting sy sempat tinggalkan tanda paling bermakna utk Shahin heheh, Shahin sorry sgt2 eh. Lepas ni mmg akan sentiasa hati2 tiap kali nk guna iron.

So dalam 9.30am kawan sy dua org lagi sampai, tunggu sorang lagi, junior. Sy xngam sgt dgn dia sbb xrapat hehe. 2 org lg ngam giler. Asmah dan Kazimah. mula2 kenal Kazimah, camna sy knl? Sbb baru je knl terus gaduh hahah sengal jer! time first week jejak kat U tu mulut xfasih lagi nak speking KL, so kena cari yg sekakilah, and than jumpa dia. Borak sakan dan suka sgt2 sbb dah lama sy xborak camtu sbb xde geng. So, satu hari tu dia citer yg ada org mati sbb lekat ubat kat tegak. Sy pon gelaklah kononnyer lucu lah. Petang tu jgk dia xhiraukan sy, sy pergi dekat dia , dia lari, mengelak.. sy pon xtau kenapa. So msj2lah tanyalah kenapa and baru sy tau itu sbbnyer. Moral dia jgn main gelak jer, even kadang2 benda tu xlogik n boleh dibuat lawak, realitynya benda tu mmg wujud/terjadi.
Terima Kasih Kazimah…

Driver yg bawak kitorang pergi Melaka, sapa lagi Asmahlah.. terima kasih sbb sudi ajak aku, walhal aku ni liat sgt nk balas msg kan. Seriously sy suka kat minah sorang nih, kalau sy tgh stress ke bosan ker sy tgk jer muka dia terus enjoy! Baca mmg xpercaya tapi realitynya betul! Asmah ni kelakar sebenarnya, even baru je knl teus boleh ngam.. sbb dia peramah giler. Asmah ni jugak roommate tersayang Fatin… Fatin? Sapa tu? Heheh.. cerita dia akan menyusul next entry… Betulah kata pepatah kita tak akan dapat title kawan karib kalau kita xgaduh walaupun sekali. So sama keslah dgn Asmah ni, sy pon pernah gaduh dgn dia ayat yg paling berkesan dan sy ingat sampai sekarang “ AKU KESAL DENGAN KO EYZA” hahahaha
Hah ni tuannyer.. cantikkan.. Terima Kasih Asmah.
Lebih kurang pukul 10am kereta mula bergerak, mula2 tu sakanlah borak sbb lama sgt2 xjumpa. Sy betul2 salute kat Asmah, yelah dia still kerja kat tempat lama dia walaupun gaji xdelah tinggi tapi dia setia xcam sy r haha.. apa yg sy nampak kat sini gaji tinggi xsemestinya memuaskan hati kan. Baik gaji biasa2 jer tapi kerja n suasana kerja best. Dah agak sampai negeri 9 mata masing2 mula lah layu, tapi gagahkan mata jgn bagi tidur sbb xadillah, org belakang membuta jer, org depan pening2 fikir jalan. Tapi sebenarnya nk pergi Melaka xdelah susah sgt straight jer jalannya CUMA yg susah nk cari rumah yg dituju tu jer.. macam2 jenis nama kg dari jenis2 ikan sampailah jenis bunga-bungaan.

Alhamdulillah dalam pukul 2pm camtu lebih kurang,kitorang sampai walaupun sesat barat jugak. Nasib baik ada satu pasangan ni tolong bawa tunjukkan tempat tu. Terima Kasih sgt2 Org Melaka mmg baik2.. Bila sampai tu byk pulak kereta tapi khemahnya still xnampak. Rupanya rumah si kecik Fatin ada kat belakang sikit.. kalau semua bawa masuk kereta alamaknya makan pon dalam keretalah.. kawasan perumahan so faham2lah agak sempit.

Sampai2 jer disambut oleh mak ayah Fatin.. salam pastu terus masuk bilik haha xsenonoh.. Yelah perut dah lapar kut.. kawan2 yg lain dah lama sampai dah siap makan dah pun, mana aci! hehe.. First impression time tgk Fatin pakai baju pengantin tu… waaa lainnyer! Nampak matang jer hahah bila dah buka mulut hah, baru cam tu Fatin si kecik yg kukenali.. so sy tinggalkan Asmah dgn Kazimah snap pic dgn Fatin.. sy blah pergi kat kereta balik sbb tertinggal kunci bilik yg wajib diserahkan kat Shahin time tu jgk, kalau tak comfirm xingat. Sampai2 terus pergi kat Shahin bagi kunci n mintak maaf sbb telah menjahanamkan cadar dia..  Alhamdulillah jugak sebenarnya, time sy panaskan iron tu, tetiba iron tu terbalik pastu terkena atas cadar.. kalau tak mmg menangis tak berlagulah kalau kena atas baju. Dah lah ni jer satu2 baju yg cantik utk dibawa pergi kenduri.

So, makan… Alhamdulillah kenyang dan xberapa sedap.. mungkin bukan selera sy.. dah biasa makan gulai Kelantan tetiba kena makan Melaka punya style mmg panjang tegak gak nak telan.

Dah siap makan apa lagi bila dah jumpa kawan2 yg dah lama terpisah mmg macam2 gaya cara nk abdikan kenangan.. nasib baik Yana ada tripod.. so, xyah nyusah2 suruh org ambil.. So, ini antara memeori yg sempat di snap… rindu sgt2 kat korang semua.


 
 Yana, dia kawin 30 -31 May tp xdapat pergi jauh no..kat JB… sorry!
 Kawan dikala lapar, bosan, stress, berjalan


Secocok! Bagai pinang dibelah Dua… Tahniah Fatin, si kecik. Jaga suami leklok

 Pelamin dia cantik! Simple tapi still nice. Time merenjis sy jadi org pertama tau yelah sebab org lain malu2 kucing.. so, sy mulakan.. time salam dgn Fatin tu sy paksa dia cium tgn sy.. haha jahat tak? Nak tau kenapa sy buat camtu? Sbb nak tutup rasa sebak dalam hati ni.. time tu rasa sedih sgt xtau knp, Shahin pun sama dia bagitau macam nk nangis jer.. Tapi xsempat lansung nk tegur suami dia..Masyallah.. lansung xingat nk ucap tahniah pon lupa… sorry ye suami Fatin. Sy ucap kat sinilah.. Suami Fatin, tahniah tau, jagalah Fatin elok2 kalau Fatin nangis pujuklah.. bdk tu bdk lagi suka kena pujuk.. hehe
Lastly, my friend since first sem until now… walaupun terlalu banyak kisah pahit tapi kisah manis lagi banyak utk diingati. Thanks a lot SAHABAT!
THAT ALL BYE BYE BYE..

0 comments:

Post a Comment