baru selesai menangis... |
Bukan senang untuk sy melupakanya..bukan sehari dua sy menyukai+ minat+ memuja+ merindui+ menonton+ menatap dirinya… tapi 7 TAHUN..beb! kalau dah kawin rasanya dah 2,3 org anak dah… tp hari ini sy telah diberi hint utk melupakannya dan segala-galanya berkaitan dgnnya…
SUSAH! Itu satu perkataan yg sy boleh bagitau..untuk melupakannya mungkin mengambil masa 14 tahun double masa mengenalinya… sy xbuat lawak ok..tp ini adalah firasat sy…
Tapi kenapa saya marah sgt ni?? Sbb dia hisap rokok?? Macamlah abg2 sy xhisap rokok..lagipon dia hisap rokok jer bukannya dadah, ganja xpon syabu ke hapa…
Ntah, tetiba jer sy rasa nk marah bukan apa selama ini sy pandang dia seorg yg baik+Berjurus+ penyayang+ beragama+ dan macam2 “ber” lagilah..sekarang?? sy rasa sgt tertipu! Firstly, dia pernah bagitau yg dia benci terhadap asap rokok dan arak..arak tu mmg wajiblah kita membencinya…
Kalau korang kan? Patut tak saya marah dia?
Sebenarnya sy nak lupakan dia sbb sebagai persediaan saya utk menerima hakikat bila dia berkahwin kelak.. cuba bayang time dia kawin, sy masih minat menggila kat dia..haish! merana sy seperti mana merananya peminat tomok tgk tomok kawin la.. cube bayAng.. peminat pompuan mengundi tomok bagai nak gila sampailah tomok menang.. falling in love ngan tomok pon xhabis lah.. tup tup tomok dah kawin.. huish! Frust dowh! tu untuk kawan sy lah..yg mmg minat habis ngan tomok..
Tapi FIRST HINT yg sy dapat mungkin yg telah ALLAH s.w.t beri kepada sy ialah beribu-ribu gambar dia yg ada dalam simpanan sy dah lesap.. disebabkan perasan ingin melupakan dia membuak-buak.. sy pon cut gmbr2 save dalam cd,, pastu terus sy eject! Sepatutnya sy kena tekan burn to disc dulu… uwaaaa!!!!!! Semuanya lesap!!! Sedih………….
macam ni lah gayanya time gmbr si dia itu, lesap!! (terkejut + nk nangis) |
Sy kena lupakan dia.. dia xlayak utk sy..dan sy lagi tak layak utk dia.. biarlah dia dgn dunia dia semoga ALLAH S.W.T sentiasa memberkati kehidupannya agar dia terlindung drpd melalukan dosa besar seperti meninggalkan solat dgn SENGAJA!
Esok, penantian akan berakhir… hope ada rezki..tp sy nk tanam dalam minda sy ni yg sy xkan menang sbb, xtau.. Betul! Honestly, mmglah nak hadiah tu..but xmungkinlah…Ntah lah STERSS sy memikirkannya…
Lagi??macam mana lagi ye sy nak lupakan si dia itu?? Owh lupa plak, yg sy duk cerita2 pasal si dia, si dia ni bukan KEKASIH HATI sy ye.. bukan juga bekas kekasih saya,,bukan jugak lelaki yg sy suka,,, tapi dia ialah…………………..
Maaf sy takut nak mention nama dia kat sini… warri ne! biarlah sy dan org yg tahu jer..hati still tgh frust walaupon dah mengadu kat org tu org ni..ermmmm, nape sy boleh minat pada awk hah? Itu soklan yg selalu sy fikirkan..tapi still xdapat jawapannya sehingga sekarang..
next entry saya nak bercerita tentang keburukan merokok…ok, stop sini dulu.. nak tido dan xnak bgun2…
0 comments:
Post a Comment