05 July, 2012

Kenal Tak Buah apa?


Entry kali ni sy nak bercerita pasal buah, bukan apa ada jugak orang yang xkenal buah ini..


Belum Masak, kekuningan ni maknanya da masak la...
Okay, namanya buah Macang( orang Kelantan panggil la),  embacang atau bacang( orang luar dr Kelantan panggilPokok buah sama keluarga dengan mangga iaitu Anacardiaceae dari genus Mangifera yang terdapat di Malaysia. Buah Macang merupakan buah yang eksotik ditanam di kawasan kampung secara dusun bercampur dengan pokok buah-buahan lain. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Thailand, Myanmar, Singapura, Kemboja dan Vietnam. Buah Macang seperti juga buah kuini iaitu mempunyai beberapa persamaan terutama dari segi bentuk, rasa, aroma dan struktur isinya. Antara perbezaan jelas ialah kandungan serat dalam Macang lebih keras berbanding dengan kuini.

Ni pokok Macang sebelah rumah saya.. ada kebaikan pokok sebelah rumah ni..first, meredupkan dan mengelak daripada pancaran terik matahari.. tapi keburukannya pulak.. bising kut..cam da nak runtuh atap rumah ni sekarang musim buah ni luruh dan setiap kali luruh DUM!! jatuh atas zink rumah nih. haish!, malam2 selalu gak terkejut..tapi sabor jelah..



Nak sgt update Blog... tapi xdek citer best..so, citer sal buah ni jalah..

4 comments:

  1. hehehhe~ xpo la.....tmbah pengetahuan.....ingtkan buah ni samo jah ngan buah kuini....favorite ayh aku ni....aku xsuka sbb tiap kali mkn ni..mesti gatal tekok aku.....huhu

    ReplyDelete
  2. rugi emy..rugi buah mace ni lah sedak... make pulok dgn colek cuko huish,....

    ReplyDelete
  3. Yeah ... saya pernah tegur lebatnya buah dengan harapan keluarga angkat saya akan luruhkan buah macang sebiji dua.

    ReplyDelete
  4. kalau ingat lg jln ke rumah jemput2 lah... buahnya dah nak habis nih...

    ReplyDelete