19 December, 2011

SADNESS



Si Abang : Eh, kenapa bermuram durja ni..ada masalah ker?

Si Adik :ermmmm, sedih lah bang.

Si Abang : kenapa ni? Cuba cerita kat abang, mana tau abang boleh tolong settle kan masalah  tu.

Si Adik : Adik sakit hati dengan kawan adik tu…sampai hati dia buat camni kat adik…

Si Abang : Dia buat ape? (sambil memalingkan mukanya kearah lain)

Si Adik :Abang ni cam tak ikhlas jer nak dengar masalah adik ni. Tak nak dengar pergi masuk rumah.. Biar adik duk sorang-sorang kat sini, lagi baik.

Si Abang : Ahah, haha.. mana ada. Abang dah buka luas –luas telinga nih semata-mata nak dengar adik punya masalah. Abang ni pendengar setia tau. Hah, citerlah.. citerla…plz..hehe

Si Adik :Macam ni, tadi kitorang janji nak pergi sama-sama, tapi dia pergi dulu tinggalkan adik. Sampai hati dia kan? Tapi adik tahu, salah adik gak sebab tak jawab dia call. Tapi time tu adik tengah solat  tak dengar pon handphone tu bunyi. Lepas adik siap, adik tengok phone ada miscall n msg. Adik cepat-cepatlah reply mesej tu kata on the way.. alih2 kan bang dia dah gerak dulu…eee geram !

Si abang : Maybe dia ingat adik dah gerak dulu sebab  adik xjawab dan balas mesej dia..

Si Adik : Tapi bang JANJI tetap JANJI… itu yang penting. Kalau tak percayakan adik takyah lah JANJI. Contoh,  kalau adik duk kat tempat dia , adik akan tunggu sampai dia call xpon reply mesej tu dulu, sebelum nak buat keputusan nk pergi dulu tu.

Si Abang : ermm, Dia tak say sorry ker?

Si Adik : Dah, tapi adik  tetap terasa dengan dia. Selama ni adik sedaya upaya jaga perasaan dia sebab adik tau kalau dia berkecil hati dengan adik, hidup  adik xtenteram. Maksudnya kalau dia badmood habis 1 geng akan badmood, tak syok r.

Si Abang : Dik, ni perkara kecil jelah tak payahlah nak ambil hati sangat. Sekarang adik dah tahukan macam mana perangai dia kalau adik dalam kesusahan kelak. Dia akan selamatkan diri dulu baru dia akan fikir pasal adik. Dik, manusia ni macam-macam ada yang sangat-sangat baik tapi tetap ada orang tidak menyukainya sebab orang akan fikir dia hipokrit dan macam-macam andaian lagi. Lagipun adik kenal kawan adik tu dah lama kan? Buat apa duk ingat kesalahan dia pada adik cuba ingat kebaikan dia pada adik.. lagi banyak kan?

Si Adik : Kebaikan? Erm, banyak juga lah.. tapi adik nak satu jer at least mesej lah mintak maaf. Macam adik buat kat dia kalau adik tersalah cakap ker ape. Ni tak, bukan setakat tak mesej. Dia boleh pulak buat don’t know jer dengan adik, tak kan dia tak sedar perubahan layanan adik kat dia ker dia buat-buat tak Nampak. Sakit hati tau bang!

Si abang : Habis tu takkan adik nak isyhtihar perang dengan dia?Tak, kan? Abang tahu hati adik tu lembut ,mana boleh marah lama-lama esok ntah-ntah pepagi dah tegur dia kan?

Si Adik :Ntah tengoklah mood pagi esok camne? Minta sangat2, elok jer. Malas nak fikir masalah ni buat semak otak jer. Bang esok adik ada presentation, wish me good luck eh.

Si Abang : Boleh ker present ni, kan tergagap-gagap kat depan tu pulak.

Si Adik :Sampai hati abang cakap macam tu.Tak support lansung!

Si Abang : Mana nak support kalau abang tengok adik  rileks cam minah salleh berjemur kat pantai jer. Dah, pergi prepare nuh barulah boleh bagi speech yang mengkagumkan esok.

Si Adik: Yelah, tapi jap lagi boleh tak ehehe.. sekarang adik nak Tanya kenapa semalam ayah ajak “dia” join sama makan malam tu?

Si Abang : Ntah, ayah teringin nak borak-borak dengan menantu kot. (sambil tersengih dan menjeling kearah adiknya)

Si Adik : La yeke? Kalau macam tu lagi bagus, nampaknya dah takde halangan ni haha

Si Abang : Adik serius ke suka kat mamat tu? Yakin dia boleh dijadikan suami untuk sehidup semati? Adik hanya kenal dia kat TV,radio, paper, FB jer.. live pon baru 2 kali je kot. Dik, CINTA dengan MINAT tak sama tau. Kena fikir betul-betul tu.

Si adik : hahaha, takde lah adik gurau jer tadi,  mana ada terfikir sejauh tu.Abang tu yang terlebih fikir dah macam ibu dah..ermm, kepoh lebih.

Si Abang : yeke? Tak kan tak terdetik lansung apa yang abang cakap tadi? mamat tu boleh tahan gak handsomenyer tapi sayang kalau dah dalam hiburan mmg susah nak pisahkan.Adik kena bersedia lah de….

Si Adik : Eh, jap..jap… sape suka kat sape ni? Ker abang dah jatuh hati kat dia?

Si abang : huish! Abang, lelaki sejati ok!

Si Adik : sejatilah sangat, sampai sekarang xde awek, ape cer?

Si Abang : awek2 ni haram, isteri baru halal.. At least abang tak main tendang kaki orang (muka tahan gelak) hahahahaha

Si Adik : ciss agak kurang ajar disitu. Dah janagn nak ungkit balik peristiwa tu. Malu kot, malu tahap gaban!

“Adik…. Abang….. xreti-reti nak masuk rumah ker? Ker nak tidur jer atas buaian tu malam ni? Dah masuk mandi siap nak mahgrib dah ni…” ibu
“Ye, Bu…. “, mereka menjawab serentak

Kemudian mereka berdua berebut-berebut untuk turun dari buaian itu. Dengan segala kudrat si adik menolak si abang dan dia terus meloloskan diri berlari sambil melambai-lambai tangan ke arah abangnya yg jatuh akibat tolakkannya tadi .Si abg tersyum kerana Berjaya hilangkan kesedihan adik kesayangannya itu.. kemudian dia bangun dan terus mengejar si adik yang sudah hilang ke dalam rumah.
sekadar gambar hiasan...


0 comments:

Post a Comment