******* ****** ********
Atas Bumi, Bawah Langit,
Malaysia negara Aman.
Assalamualaiku w.b.t
kamu apa khabar? harap sihat2 selalu. sy disini sentiasa mendoakan kesihatan kamu. Tujuan sy menulis surat ini adalah untuk mengisi masa terluang sementara menunggu mood nak study datang membuak-buak. Tiba-tiba sy ingin sekali menulis surat ini untuk kamu.
Selama perkenalan kita, begitu banyak kisah suka dan duka. Terlebih dahulu sy ingin memohan 1000 kemaafan daripada kamu. Sy tahu sy terlalu pentingkan diri sendiri kadang2 jer pikir pasal orang lain. Sy sedar, tapi semuanya sudah terlambat kita sudah tidak seperti dulu.
Memang, sy akui saya ingin kita seperti dulu berborak dengan rancak, makan bersama, tgk movie bersama tapi apakan daya semuanya dah jadi awkward. Segala-galanya berpunca daripada kamu yang tengah bermasalah. Sy tak reti utk membantu sebab kamu tak pernah nak ceritakan masalah kamu. jadi kamu berdiam sy lagi terdiam.
Awal2 dulu ada jugak sy tegur2 kamu, tp rasa macam kita baru berkenalan jer, janggal.Sy tanya satu, kamu jawab satu, sy tak tanya..kamu lagi tak bertanya, kenapa ya? Tapi serius sy terlalu sedih nak lepaskan kamu pergi.. mungkin dari luaran sy lansung tak kisah yang kamu akan berpindah.tapi jauh di sudut hati sy, sy tak mahu benda itu berlaku..Betullah kata pepatah setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan.
Tak apalah, sy tahu kamu memerlukan mereka2 yang lain untuk teruskan hidup sebagai pelajar. Sebenarnya, sy sedih lah lagi 3 hari kita akan bersama, 1 ruang, 1 kawasan dan 1 tempat.Mungkin selepas ini kita akan jadi semakin rapat?? Sy akan tebalkan muka sy untuk ucapkan selamat tinggal pada kamu suatu hari nanti. Time tu, kita jangan nangis2 tau.. lagi berat hati saya. walaupun sekarang ni air mata sy sudah bergenang..
U***, AKU MINTA MAAF sgt2 diatas semua kesalahan aku pada kau... aku tahu aku buruk perangai, aku xreti nak hormat privacy orang, tahu pentingkan diri sendiri jer.. maaf sekali lagi... aku xmampu untuk bercakap secara berterus terang dan aku rasa inilah jalan yang terbaik, di samping memohan maaf pada kau..aku juga dapt meng"update" blog xseberapa ni hehe....
Klah stop sini dulu, apa2 hal mesejlah aku..Insyallah aku akan sentiasa mesej n balas mesej ko.. kalau2 perlukan pertolongan jgn malu, jgn segan mesej xpon kol jer..anytime dan kalau berkemampuan aku tolong...
lastly, terimalah salam perkenalan aku ni ASSALAMUALAIKUM.....
Yang Benar
Husniza.
0 comments:
Post a Comment