05 August, 2011

Bulan Ramadhan

Hari jumaat pergi ke pekan,
Untuk membeli sekilo ikan,
Assalamualaikum sy dahulukan,
Selamat sejahteraa keatasmu ku doakan

Wahhh,berpantun bagai entry kali ni..jgn gelak eh sbb sy bukan bdk sastera yg pandai berpantun huhu..
Kali ni sy nak share lah tentang bulan Ramadhan bulan yg mulia ini,Ramadhan (Bulan puasa, bulan Al-Quran, bulan sedekah,bulan untuk sembahyang malam dan bulan untuk bersabar)
Kalau kita perhati atau renung dan fikir2kan, bulan Ramadhan nilah bulan yg paling baik utk melatih diri kita ini utk jadi lebih berdisiplin.. iaitu

Dimulakan dengan bersahur, sebenarnyakan makan sahur tu adalah sunat, tetapi kenapa ALLAH s.w.t seakan mewajibkan walaupun dengan meminum seteguk air.. hal ini kerana, Allah s.w.t telah merancang plan yg baik utk kita bangun pagi supaya beribadat kepadanya.. selepas kita makan sahur tu, sambil2 tunggu waktu subuh kita mengajilah AL-QURAN.. masyallah, sungguh sempurna perancanganMU..selain mengaji, bg student boleh memanfaatkan dengan belajar.. sbb ketika ini otak mmg fresh.. so segala yg dibaca mudah difahami dan yg dihafal mudah sgt2 utk diingati.

Kemudian berpuasa, iaitu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yg boleh membatalknnya.. dengan berpuasa kita telah membantu system pencernaan kita utk berehat atau memulihkan kembali system yg bekerja utk kita sepanjang tahun. Selain itu, dgn berpuasa jgk kita dpt merasa bagaimana org2 miskin yg tidak cukup makannya, sering berlapar dan perlu bersusah payah utk mendapatkan bekalan makanan.. contohnya kita lihat, org2 pelarian yg begitu kasihan yg kanak2nya begitu menderita sehingga berpenyakit..dan org2 tuanya pula sehinggakan menampakan tulang2 diseluruh badan..masyallah, kita seharusnya bersyukur sgt2…

Seterusnya adalah solat sunat terawih, sy memang teruja utk melaksanakan solat ini pada first ramadhan ini, tapi apakan daya keinginan hanya tinggal keinginan sahaja.. namun ramadhan kedua ,ketiga dan keempat Alhamdulillah sy mampu lagi utk melaksanakannya.. Memang solat sunat tarawikh ini hanya solat sunat, namun disebaliknya dilimpahi begitu byk ganjarannya antaranya:

Malam : 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam : 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam : 3 : Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam : 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam : 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam : 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam : 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam : 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam : 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam : 10 Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam : 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam : 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam : 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam : 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam : 15 : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam : 16 : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam : 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam : 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam : 19 Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam : 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam : 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam : 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam : 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam : 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam : 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam : 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam : 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam : 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam : 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam : 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makan!"
Ini sahaja perkongsian utk entry kali ini…. 
Ja mata dan assalamualaikum.



0 comments:

Post a Comment