18 August, 2011

Sejarah disebalik sembahyang

SUBUH : Orang yg pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam A.S ,iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.Perkara pertama yg dilihat oleh nabi ADAM A.S kegelapan dan baginda berasa takut yg amat sangat.Apabila fajar subuh menjelma Nabi Adam a.s. pun bersembahyang sebanyak 2 rakaat.

Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat  tunai kerana Allah Ta'ala.


Rakaat Pertama : Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam

Rakaat Kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma. 


DZUHUR :Orang yang pertama mengerjakan solat zuhur ini ialah Nabi Ibrahim a.s, iaitu tatkala ALLAH s.w.t. memerintahkannya agar menyembelih anaknya nabi Ismail a.s.Perintah itu datang ketika tergelincirnya matahari iaitu waktu tengah hari, maka nabi Ibrahim bersembahyang kepada Allah s.w.t.


Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga                  anaknya.
Rakaat Ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya diganti dengan tebusan kibas.


ASAR : Orang yg pertama mengerjakan solat asar ini ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t, dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu baginda bersembahyang kepada Allah s.w.t kerana diselamatkan daripada 4 kegelapan itu.


Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat 
tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua    : Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga    : kelam dengan malam
Rakaat Keempat : kelam dengan perut ikan nun.


MAGHRIB : Orang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s, tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, ketika itu matahari telah terbenam.Bersyukur Baginda kepada Allah s.w.t kerana diselamatkan drpd kejahilan itu.
 

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhan selain daripada Allah s.w.t yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan keatas ibunya Mariam yg telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah s.w.t jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK : Orang pertama mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.Lalu Allah s.w.t menghilangkan semua perasaan itu pada waktu isyak yg akhir. Maka bersujudlah Nabi Musa terhadap Allah s.w.t tanda bersyukur baginda.


Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Rakaat Pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
RakaatKetiga : Dukacitanya terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Dukacitanya terhadap anak firaun.

Images and the translation credit from here: http://www.oocities.org/idaabdul/niat_solat.htm. Syukran jazillah…


0 comments:

Post a Comment